CNN TürkFon soruşturmasında 1 şüpheliye tutuklama talebiPunchFG warns outsourcing firms against violating workers’ rightsThe Jerusalem PostWhy Eisenkot's bloc is rushing to scrap four laws passed by Netanyahu's coalition - explainerDaily MaverickIN PICTURES: Lightning lights up São Paulo sky and more from around the world한겨레이란 외교장관, 조현에 “외국군 주둔은 분쟁 범위 확대” 경고Globo EsporteBotafogo x Bahia - Campeonato Brasileiro 2026 - globoesporte.com매일경제중진 회동에도 불참한 정청래…최민희 징계심의 후폭풍은Soompi“Nine To Six” Ratings Dip For 2nd Episode + “Happy Anding” Heads Into 2nd Half On RiseNHKニュース【更新中】関文科相問責決議案 採決へ 可否はギリギリの情勢かNew Straits TimesLorry overturns, blocks Penang coastal road for nine hoursSözcüKaş açıklarında 3,9 büyüklüğünde depremLa PresseImmigration | Le nombre de résidants temporaires devrait dépasser l’objectif fixé pour 2027
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 27, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

6 hari untuk pulih bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah

Translate

Di kawasan menara penghantaran tumbang di Ranau hingga ke pusat kawalan dan tapak pemulihan di lapangan, petugas Sabah Electricity serta pihak bertanggungjawab bertungkus lumus memulihkan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah susulan gangguan besar melanda kawasan itu.

Sabah Electricity menetapkan enam hari untuk memulihkan semula talian penghantaran elektrik 275kV ke kawasan itu dengan sasaran pemulihan penuh grid pada 2 Dis ini selepas menara penghantaran T313 di Ranau tumbang pagi semalam.

Insiden menara T313 tumbang yang dikesan pada 6.04 pagi Khamis itu memutuskan dua litar talian penghantaran dari Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah, sekali gus mengganggu bekalan elektrik di lapan daerah dan menjejaskan 153,599 pengguna berdaftar.

“Kita menyasarkan enam hari untuk menyambung semula grid terjejas, mungkin boleh disiapkan lebih awal lagi,” kata Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz pada sidang media di ibu pejabat Sabah Electricity malam tadi.

Sabah Electricity mengaktifkan sistem pengurusan krisis sejurus mengenal pasti punca gangguan, bermula dengan memulihkan lalu lintas utama Jalan Ranau-Telupid akibat kabel merentang laluan di Ranau.

Tempoh enam hari diperlukan bagi membolehkan Sabah Electricity dan kontraktor menghantar peralatan untuk memasang menara sementara serta menyambung semula dua talian penghantaran terjejas di lokasi selamat berhampiran menara tumbang.

Sabah Electricity menggunakan kaedah islanding melalui stesen jana kuasa setempat, dengan stesen di Tawau berjaya menyalurkan bekalan, manakala stesen di Sandakan masih dalam proses pemulihan.

Bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah sepanjang tempoh pemulihan dijana menerusi janakuasa sedia ada di Sandakan dan Tawau serta disokong janakuasa mudah alih atau bergerak, termasuk ke kemudahan penting seperti hospital, sekolah dan balai polis.

Sabah Electricity turut menggabungkan talian grid Pantai Timur bagi meningkatkan keupayaan bekalan dan mengehadkan kesan catuan antara satu hingga dua jam, selain melaksanakan catuan bergilir kerana kapasiti penjanaan setempat terhad.

Pemulihan bekalan elektrik dilaporkan berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan di daerah Tawau, Semporna, Telupid, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyelaras pemulihan telekomunikasi di daerah terjejas bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan selepas 1,196 tapak selular terjejas setakat 12.52 tengah hari Khamis serta talian tetap tergendala.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi menggunakan penjana dan bateri sebagai kuasa sementara, menggerakkan penjana bergerak dan perkongsian penjana secara berperingkat di 20 lokasi keutamaan serta berkongsi senarai collector sites, manakala MCMC menyediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal.

Sabah Electricity turut berkongsi senarai kesalinghubungan hotspot dan jadual catuan bagi menyokong kesinambungan telekomunikasi serta penyelarasan pemulihan.

Sabah Electricity menegaskan mesej tular mengenai gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di seluruh Pantai Timur Sabah palsu, selain memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna serta menyediakan talian 15444, 088-515000 dan WhatsApp 019-8525427 untuk pertanyaan atau pengesahan.

Insiden ini mengimbau kejadian pada 13 Sept 2025 apabila sebuah menara penghantaran elektrik 275kV di Kampung Sarapung, Penampang tumbang akibat tanah runtuh dan menyebabkan daerah Pantai Timur terjejas selama empat hari.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.