ESPN DeportesNFL: Jahmyr Gibbs se convirtió en la figura de la Semana 3InquirerPiston prefers tax-free oil products to P1 fare hikeESPNNo. 8 Liberty keep foot on gas to eliminate top-seeded LynxDaily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitThe Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismUOLVínculos com Lula, Flávio Bolsonaro e Cláudio Castro marcam debate entre candidatos no RJХабрGreenplum как расширение PostgreSQL 19SCMP ChinaSlow is beautiful: China launches war against AI drama, goes beyond algorithmsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-09-2026La Tercera“El Estado se habría quedado con un solo proveedor”: FNE explica por qué no pidió excluir de contratos públicos a empresas acusadas de colusión por vales de alimentaciónColliderThe 10 Best Stephen King Audiobooks, RankedLenta.ruВ России указали на препятствия Евросоюза на пути к мирным переговорам
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Elak PH-Bersatu bertembung lebih realistik berbanding persefahaman rasmi, kata penganalisis

Translate

Sekadar mengelakkan pertembungan pada pilihan raya kelak dikatakan lebih realistik bagi Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu, mengambil kira kelompok penyokong yang tidak gembira dengan kerjasama antara mereka.

Penganalisis berkata gandingan sedemikian memungkinkan PH dan Bersatu meluaskan sokongan meliputi pengundi Melayu dan bukan Melayu, menangani potensi pertembungan di kawasan majoriti Melayu, serta mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

“Persefahaman untuk mengelak pertembungan itu lebih realistik berbanding persefahaman rasmi kerana masih ramai penyokong PH yang tidak gembira dengan prospek kerjasama dengan Bersatu tetapi mungkin terpaksa menerimanya,” kata Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Persefahaman ini memerlukan PH dan Bersatu membahagikan kerusi antara mereka, tambahnya.

“Walaupun mungkin ada yang melihat kerjasama seperti ini sebagai tidak kukuh, saya rasa rakyat sudah biasa dengan fleksibiliti politik seperti ini, jadi ia mungkin tidak menjadi masalah besar,” kata Syaza.

Syaza berkata demikian mengulas pertemuan antara pemimpin PH dan Bersatu dalam suatu majlis tertutup di Melaka, pada 28 Sept lalu menjelang PRN Melaka.

Antara pemimpin Bersatu dilaporkan hadir ialah Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz, Pengarah Pilihan Raya Mohammad Ali Mohamad, Ketua Sayap Bersekutu R Sri Sanjeevan dan Ketua Penerangan Bersatu Melaka Hishamuddin Abdul Karim. Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat dan Pemangku Ketua PKR Melaka Adam Adli turut hadir.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 Sept lalu untuk memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia hampir pasti PH dan Bersatu akan bekerjasama pada PRN Melaka, didorong oleh keperluan meningkatkan peluang menang di kawasan majoriti Melayu.

“Di kawasan Melayu yang ada kawasan Melayu yang PKR dan Amanah bertanding, undi Bersatu boleh beri sumbangan kepada PH. Di kawasan yang Bersatu bertanding, undi-undi Melayu progresif, undi yang menyokong PH akan beralih kepada Bersatu.

“Jika dibuat kerjasama ini, masing-masing akan saling melengkapi,” katanya.

Sekiranya kerjasama ini berlaku, Mazlan menjangkakan PKR akan meletakkan calon di kawasan campuran manakala Bersatu akan bertanding di kawasan majoriti Melayu di luar bandar sekiranya pembahagian kerusi dibuat berdasarkan pola sokongan.

“Cabaran segera ialah meyakinkan pengundi masing-masing untuk memberikan undi kepada parti yang satu lagi,” kata Syaza pula. “Cabaran kedua pula ialah meyakinkan penyokong dan rakyat bahawa unsur-unsur ‘khianat’ tidak akan berlaku lagi.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.