Daily MaverickUkraine hits Russian refinery as Zelenskiy says ‘we’re done’ with Trump’s energy truceESPNWill Lutz drills walk-off field goal to defeat Seahawks in OTESPN DeportesPlan de Juego NFL: ¿Kenneth Walker supera a Mike Evans como la mejor contratación en agencia libre?The Jerusalem PostMajority of Israelis back Haredi draft law, October 7 inquiry, IDI survey findsInquirerGraft cases filed vs ex-Pampanga Rep. GonzalesZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBillboardZach Bryan’s ‘Young Manhood And Other Donatable Organs’: Stream It NowSouth China Morning PostIs Philippines geared for El Nino? Critics say water-planning has run dry경향신문“파리(Paris)원칙 위배” 예고 없는 ‘세종행’ 통보에 인권위 부글부글VarietyCynthia Erivo’s ‘Bad Fairies’ Adds Kylie Minogue, Jonathan Groff and Catherine Tate to Voice CastLe DevoirSortir le chéquierDeadlineKylie Minogue, Jonathan Groff & Catherine Tate Join ‘Bad Fairies’ Cast With Cynthia Erivo
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Ahli Parlimen bidas Jabatan Penjara larang Najib dedah syarat tahanan rumah

Translate

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membidas Jabatan Penjara mengarahkan Najib Razak tidak mendedahkan syarat tahanan rumahnya di bawah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib dilaporkan berkata, bekas perdana menteri itu telah menerima perintah dan syarat tahanan rumah, tetapi diarah tidak mendedahkan butirannya.

Lim berkata, syarat tahanan rumah Najib bukan rahsia negara dan tidak patut dirahsiakan, sambil menyifatkan tindakan itu “mengarut”.

Wakil rakyat DAP itu berkata, tindakan berkenaan akan mencetuskan lebih banyak spekulasi liar berhubung tahanan rumah Najib dan rakyat Malaysia berhak tahu syarat ditetapkan.

“Siapa dibenarkan melawat? Bolehkah beliau menggunakan telefon, internet dan media sosial? Bagaimana pula dengan televisyen, hiburan dan kebebasan menerima tetamu? Adakah beliau diwajibkan memakai gelang elektronik atau dipantau CCTV sepanjang masa?

“Najib masih seorang banduan, bukannya orang yang telah dibebaskan. Kes ini melibatkan kepentingan awam dan boleh menjadi rujukan bagi pelaksanaan tahanan rumah pada masa depan.

“Rakyat berhak mengetahui bagaimana hukuman penjara dilaksanakan di luar penjara,” katanya dalam kenyataan.

Lim mendesak Jabatan Penjara mendedahkan syarat asas tahanan rumah Najib, walaupun maklumat sensitif berkaitan keselamatan boleh dirahsiakan, tetapi bukan semua perkara perlu dirahsiakan.

“Tahanan rumah bukan percutian di banglo mewah. Jika semuanya mengikut peraturan, mengapa takut rakyat tahu?” soalnya.

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadapnya atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada Januari 2024, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menggunakan kuasa pengampunan baginda untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara Najib kepada separuh dan denda kepada RM50 juta.

Pada 18 Sept lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberikan pengampunan bersyarat tambahan kepada Najib, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda dan pematuhan syarat lain.

Umno kemudian mewujudkan tabung bagi membantu bekas presidennya membayar denda itu, dengan pemimpin, ahli dan penyokong parti digalak menyumbang secara sukarela.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.