Lelaki ditahan selepas bagasi mencurigakan ditemui berhampiran KLCC

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan sebuah bagasi mencurigakan di hentian bas berhampiran pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang malam tadi.
Ketua Polis Dang Wangi Ahmad Azwan Amin Nordin berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan objek berkenaan pada 7.17 malam.
Beliau berkata susulan itu, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit K9 dan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta mengawal keadaan.
“Hasil pemeriksaan mengesahkan tiada sebarang ancaman bom di dalam bagasi itu dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa hantaran mengenai situasi di hadapan pusat beli-belah berkenaan yang memaparkan kehadiran anggota dan kenderaan polis.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.