PunchAbia APC candidate denies alliance rumoursThe Jerusalem PostAfter Morocco, Tokyo ticket troubles, Arkia launches discounted eSIM deal for passengersCNN TürkSON DAKİKA | Van'da feci kaza! TIR ile minibüs çarpıştı: 9 ölü, 5 yaralıInquirerTwo arrested in Dipolog buy-bust, shabu worth P340,000 seizedZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSoompiWatch: A2O LITE Takes 10th Win For “NEON” On “Music Core”; Performances By BLACKPINK’s Jisoo, RESCENE, TREASURE, And MoreDaily MailRussell Brand is left 'cowering in fear' in his cell as hundreds of prisoners chant: 'There's a Brand new n***e on the wing!'The Indian ExpressGokul chairman poll: CM says quorum is a must, Satej Patil says not requiredEl ComercioResultados Loto Plus Sorteo 3933: controlar los números del sábado 7 de noviembreGMA NewsTrump asks UFC chief Dana White to be White House press secretaryColliderAnya Taylor-Joy’s 148-Minute Sci-Fi Blockbuster Officially Wins Over Fans on StreamingMalay MailPolice round up nine suspects after 19-year-old killed in Sibu
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Deepavali mengundang kerinduan tak sudah

Translate

Ketika Deepavali kembali menjelang, Komathi Rethinam lazimnya mengajak keluarganya untuk membakar biskut dan membuat murukku. Di kala ambang Deepavali dan hari perayaan itu sendiri, mereka sekeluarga akan meraikannya bersama.

Ketika berkunjung ke India awal tahun ini, Komathi ada membeli pakaian untuk semua ahli keluarganya. Pesanannya ringkas: simpan pakaian ini untuk Deepavali.

Hari ini, keluarganya tidak tahu bila Komathi akan pulang ke rumah.

Wanita berusia 48 tahun itu dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu. Dia ketika itu sedang dalam perjalanan keagamaan ke Gunung Kailash.

“Ia sangat memeritkan kerana kami cukup teruja menyambut Deepavali sejak Januari lagi. Dia ada membeli pakaian sedondon untuk dipakai seluruh keluarga.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada antara kami yang saling membeli barangan untuk satu sama lain, tapi tidaklah seawal ini dia beri pakaian itu kepada kami sebelum Deepavali,” kata abang Komathi, Manivannan, kepada FMT Lifestyle.

Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun selain rapat dengan keluarga besarnya, Komathi sempat menghantar foto dan video sepanjang berada di Nepal.

Pada pagi kejadian banjir itu, dia menghantar video dan foto jambatan serta bangunan imigresen untuk dikunjungi rombongan kepada keluarga.

siblings

Komathi dan abang, Manivannan, mempunyai hubungan rapat dengan memori bersama sering dikenang. (Gambar Manivannan Rethinam)

“Ini pada 9.42 pagi waktu Malaysia. Banjir melanda pada 10.59 pagi,” kata Manivannan.

Apabila tiada lagi khabar terkini daripadanya, dia menyangka Komathi terputus liputan telefon. Pada sebelah petang hari sama, adik bongsu, Yoganandhini, berkongsi satu video menunjukkan air banjir besar merempuh sebuah bangunan kepadanya.

Dia mengenal bangunan tersebut daripada video dihantar Komathi pada sebelah pagi. “Hati saya terus berdegup kencang. Saya tahu adik saya dalam bahaya,” kata Manivannan.

Dia mula mencantumkan maklumat pergerakan adiknya. Komathi pernah memberitahu keluarga urusan pelepasan imigresen mengambil masa dua hingga tiga jam.

Satu lagi video yang didapatinya memaparkan rombongan Komathi sedang melintasi jambatan menuju ke bangunan berkenaan. Dia menganggarkan mereka sampai ke situ sekitar 9.50 pagi hingga 9.55 pagi, waktu Malaysia.

Garis masa tersebut membuatkan Manivannan gusar adiknya berada dalam bangunan itu ketika banjir melanda.

sismumdad

Komathi bersama adik, Yoganandhini, dan ibu bapa mereka. (Gambar Yoganandhini Rethinam)

Sebagai anak sulung daripada lima beradik, dia cuba menenangkan ahli keluarga yang mengharapkan jawapan daripadanya – jawapan yang dia sendiri belum ada. “Saya perlu kuat dan pastikan semua orang bertenang, itu bukannya mudah.”

Justeru, mereka menantikan perkhabaran tentang seorang anak dan adik yang sentiasa mengambil berat mengenai orang lain – sering bertanya khabar ibu bapa serta mengingatkan Manivannan jangan lupa makan walaupun sibuk.

Sempena Hari Bapa, Komathi pernah mencadangkan agar semua orang memakai jersi bola sepak untuk mengumpulkan penyokong daripada kelab yang berseteru. “Dia memang suka meluangkan masa bersama keluarga,” kongsi Yoganandhini, 36.

Komathi sering mengumpulkan anak saudaranya di rumah Yoganandhini pada hujung minggu. Di sela-sela waktu berkenaan, dua beradik itu sentiasa berhubung melalui WhatsApp – detik yang kini sangat dirindui Yoganandhini.

Komathi juga sangat gemar menghias: menjelang Deepavali, dua beradik ini akan memilih langsir dan bunga bersama. Mereka juga akan memakai baju Punjabi sedondon.

family

Bagi keluarga Komathi, sambutan Deepavali kini membawa kenangan perayaan lalu bersama ketidakpastian yang memeritkan tentang nasibnya. (Fauzi Yunus @ FMT Lifestyle)

Yoganandhini memasang hiasan dipilih Komathi untuknya semasa di India. Dalam bilik, ada foto adiknya yang hilang itu yang sering ditatap ketika hati merindui.

Yoganandhini merancang mengambil Komathi apabila dia dijadualkan pulang pada 6 Sept.

Bagi Manivannan, ketidakpastian mengenai nasib adiknya bukan sahaja dirasai seorang. Sebagai penyelaras dan jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (Masfih), dia turut membantu keluarga lain yang mempunyai ahli keluarga hilang.

Manivannan berkata, pihak keluarga berdepan tekanan kewangan semakin menghimpit kerana perbelanjaan isi rumah dan komitmen lain sementara menantikan jawapan.

4woman

Persalinan Deepavali dibeli Komathi untuk keluarga pada awal tahun ini mengundang hiba. (Fauzi Yunus @ FMT Lifestyle)

Bantuan kewangan sekali beri daripada kerajaan persekutuan menjadi antara keperluan mendesak Masfih – meskipun bantuan itu tidak menyelesaikan ketidakpastian tersebut, namun sekurang-kurangnya dapat meringankan sebahagian beban kewangan keluarga terjejas.

Masfih juga membantu mendapatkan penangguhan bayaran balik daripada pihak bank.

Ketika kediaman mula dihiasi lampu bergemerlapan sempena Deepavali ini sambil sanak-saudara berkumpul meraikannya, ada keluarga masih menantikan jawapan serta kepulangan insan tersayang.

“Dia cahaya dalam rumah kami dan kami sangat memerlukannya,” kata Yoganandhini.

“Sehingga kini, saya masih menghantar mesej WhatsApp kepadanya. Setiap kali saya rasa sedih, setiap kali saya merinduinya, saya akan hantar mesej dengan harapan suatu hari nanti, mesej itu akan bertukar menjadi ‘tanda dua’ dan dia akan membalas, ‘Saya nak balik rumah’.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.