Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Shreyaa Chaudhry of Bandish Bandits fame to star opposite Ayushmann Khurrana in YRF and Posham Pa Pictures’ MupapaCNN Türkİran: ABD'nin 7 günlük planımıza ilişkin ilettiği mesajı inceliyoruzInquirer66-year-old man found dead under bridge in Oriental MindoroPunchWhy Ronaldo warm-up controversy escalated – Coach JesusThe Jerusalem PostPrince Andrew launches lawsuit against Thames Valley Police over Epstein-linked arrestESPN'Everything just clicked' with McMillan, Young in Panthers' primetime win한겨레영국 기지 배치된 미군 B-1 폭격기 12대, 미국으로 긴급 철수ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSky TG24Ragusa, sequestrati 377 animali esotici vivi protetti nel porto di PozzalloVarietyITV Studios Travels to Mipcom With 10 New Titles on Its Formats Slate, Led by ‘The Chase Around the World’ (EXCLUSIVE)NTVSon dakika deprem mi oldu? Az önce deprem nerede oldu? İstanbul, Ankara, İzmir ve il il AFAD son depremler 05 Ekim 2026Daily MailAnti-migrant protesters scuffle with police after nearly 150 small boat arrivals use 'new route' to land at historic naval port
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Kerajaan digesa kaji semula piawaian pusat pembelajaran alternatif pelarian

Translate

Kerajaan perlu mengkaji semula peraturan dan piawaian pendaftaran pusat pembelajaran alternatif bagi mengimbangi aspek kualiti pendidikan dengan realiti operasi.

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan Malaysia mempunyai kumpulan anak muda yang membesar di negara ini tanpa pendidikan dan status kewarganegaraan yang jelas.

Teresa berkata berdasarkan data UNHCR, terdapat 214,079 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, dengan kira-kira 31% atau 64,224 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.

Katanya, kira-kira 65% kanak-kanak pelarian tidak mendapat pendidikan formal, bersamaan 41,745 orang.

“Peraturan dan piawaian pendaftaran pusat pembelajaran alternatif juga harus disemak semula agar lebih menyeimbangkan jaminan kualiti dan realiti operasi. Saya menyokong penuh cadangan UNHCR ini.

“Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap cadangan ini supaya negara kita tidak akan wujud sekumpulan orang muda yang tiada status kewarganegaraan dibesarkan di negara kita yang buta huruf.

“Kita akan menghadapi masalah yang lebih besar kalau golongan ini berada di negara kita pada masa depan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau turut menyokong cadangan UNHCR supaya kerajaan perlu mempertimbangkan untuk membenarkan pelarian bekerja secara sah serta memberi akses pendidikan formal kepada kanak-kanak kumpulan itu bagi mengelakkan kewujudan generasi muda tanpa status dan pendidikan

Pada masa sama, Teresa meminta kerajaan menjelaskan perkembangan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), termasuk cadangan pindaan peraturan imigresen berkaitan dokumen berkenaan.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan proses pengesahan identiti dan penentuan status pelarian dilaksanakan secara telus serta boleh diaudit.

Teresa turut mempersoalkan jumlah hampir 20,000 orang yang kini berada di depoh imigresen serta kos yang ditanggung kerajaan untuk menempatkan mereka.

Menurutnya, kerajaan perlu mempertimbangkan mekanisme yang lebih berkesan, termasuk mempercepatkan proses DPP bagi mereka yang berada di depoh imigresen.

Beliau turut mencadangkan proses itu diselesaikan dalam tempoh enam bulan bagi mereka yang layak, selain penerangan berterusan kepada masyarakat bagi mengelakkan salah faham mengenai isu pelarian.

Dalam pada itu, Teresa berkata pelarian yang memenuhi syarat wajar dipertimbangkan sebagai sumber tenaga kerja, terutama dalam sektor yang berdepan kekurangan pekerja seperti pembuatan dan perladangan.

Beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memastikan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang dibenarkan kepada pelarian disampaikan dengan jelas kepada mereka dan majikan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.