ESPNFollow live: Ramirez's error paves way for Rays' rallyESPN DeportesOhtani estará en alineación de Dodgers en J3 vs. BrewersPunchTinubu has done more for North — YilwatdaThe Jerusalem PostIDF chief vows to apply October 7 lessons, pledges to pursue Israel's enemies at military ceremonyCNN TürkKırmızı bültenle aranan cinayet şüphelisi Mardin’de yakalandı한겨레“부가 흘러나가는 도시에서 머무는 도시로”…부를 쌓는 해법 찾다UOLPGR diz que não há evidências de que Mendonça foi alvo de arapongagem por cúpula da PFZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioEl ComercioTemblor en Chile hoy, martes 13 de octubre: hora exacta, epicentro y magnitudReality Blurred3 new reality competitions, including Assassin, and 2 revivals中国新闻网A股开盘:超3400只个股飘绿,三大指数集体低开La NaciónMurió Netinho, el artista detrás de la exitosa canción “La isla del sol”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

‘Seronok dengar BN diramal menang besar di Melaka’, kata Ahmad Maslan

Translate

Ahmad Maslan gembira Barisan Nasional (BN) diramal menang besar pada PRN Melaka namun mengingatkan parti tidak terlalu yakin menjelang hari mengundi 14 Nov.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, beliau bersetuju dengan ramalan bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming, BN berpotensi menambah tiga hingga empat kerusi DUN daripada 21 dimenangi pada PRN 2021.

“Seronok mendengar ramalan yang positif. Saya juga meramal BN akan menang besar.

“Tetapi saya mohon BN jangan ‘overconfident’. Usaha setiap hari, setiap malam menemui pengundi,” katanya kepada FMT.

Ong sebelum ini meramalkan BN dapat mempertahankan 21 kerusi dimenangi pada PRN Melaka lalu, dan menambah tiga hingga empat lagi DUN berdasarkan sentimen dan momentum semasa.

Beliau turut menjangkakan BN merampas satu atau dua kerusi daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, dua kawasan PH yang berkemungkinan kalah ialah kerusi Bukit Katil disandang bekas ketua menteri, Adly Zahari dan kubu kuat DAP di Ayer Keroh.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, BN mempunyai beberapa kelebihan termasuk kesepaduan jentera pilihan raya, pemilihan calon terbaik dan rekod prestasi kerajaan Melaka.

Sementara itu, seorang lagi Ahli MKT Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata kemenangan besar BN di Melaka berpotensi mempengaruhi pertimbangan mengenai PRU akan datang.

Katanya, kemenangan BN dengan tambahan dua atau tiga DUN akan menjadi tamparan kepada PH dan berpotensi merenggangkan lagi hubungan kedua-dua parti dalam kerajaan perpaduan.

“Jika PRN Melaka ini menghasilkan keputusan yang macam Ong sebut, maknanya habislah PH di Melaka.

“Nampaknya, ramalan bekas pemimpin DAP ini lebih yakin dengan kekuatan Umno daripada pemimpin PH. Ini akan merenggangkan lagi hubungan antara BN dan PH dalam kerajaan perpaduan untuk PRU nanti,” katanya.

Pengundi Melaka akan mengundi pada 14 Nov. Setakat ini, belum ada pakatan rasmi diumumkan bagi menghadapi PRN itu.

Pada PRN Melaka 2021, BN menang 21 kerusi, PH (5) dan Perikatan Nasional (2).

Bagaimanapun, Adun Rembia, Jailani Khamis daripada Umno menyertai PAS sebelum undang-undang antilompat parti negeri itu berkuat kuasa.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.