InquirerSara Duterte says to avail all remedies amid grave threats rapsPunchWhy AI cannot replace actors — FilmmakerDaily MaverickESCAPE: How a humble Soweto parkrun cultivates joy and community in a neglected parkThe Jerusalem PostIsrael warned of potential Hamas kidnapping operation years before Oct. 7, IDF col. claims - reportCNN TürkOpenAI ve Samsung arasındaki yakınlaşmaRTP DesportoJames Rodríguez regressa ao futebol colombianoBollywood HungamaBipasha Basu seeks Tukaram Mundhe’s help after she finds worms in protein powder: “You are our only hope”Inquirer EntertainmentAi-Ai delas Alas says ‘not affected’ by ex Gerald Sibayan’s new marriageוואלהצה"ל ושב"כ: חיסלנו את מפקד חטיבת חאן יונס בזרוע הצבאית של חמאסWirtualna PolskaWojna o Trybunał. Czarzasty odmawia Nawrockiemu i żąda ślubowania BerkaDaily MailMy husband will leave our home to his two children, can I carry on living here if he dies first?ColliderOnly 10 Anime Series From the 1990s Are True Masterpieces
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 11, 2026

Ucapan Zahid beri keyakinan penyatuan umat Islam akan berjaya, kata Nik Abduh

Translate

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan ucapan dasar Presiden Umno Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 sebagai isyarat meyakinkan bahawa usaha penyatuan umat Islam mampu direalisasikan.

Malah katanya, ucapan Zahid memberi keyakinan bahawa usaha penyatuan itu akan berjaya dan kedua-duanya kini sedang bersedia menuju Putrajaya.

“Ucapan Zahid Hamidi ucapan yang amat meyakinkan bahawa penyatuan umat Islam akan berjaya, insya-Allah dan kita sedang bersedia untuk ke Putrajaya,” katanya ketika ditemui pada PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas mengenai kehadiran pimpinan PAS ke perhimpunan tahunan Umno itu, Nik Abduh melihat ia sebagai bukti bahawa hubungan antara kedua-dua parti kini semakin terbuka.

“Sebagaimana kita amat berterima kasih kepada kehadiran Umno di muktamar kita. Kita yakin bahawa Umno juga gembira kita hadir ke sini,” katanya.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; serta Syahir Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden PAS Hadi Awang.

Kehadiran pimpinan PAS itu dibuat selepas Umno menghantar delegasi ke Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kota Bharu pada awal bulan ini, yang diketuai Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebelum ini, Asyraf berkata jemputan kepada kepimpinan tertinggi PAS ke PAU merupakan tanda penghormatan serta membalas jemputan PAS kepada pimpinan Umno menghadiri muktamarnya.

Hubungan Umno dan PAS kembali menjadi perhatian selepas BN dan PN mencapai persefahaman pada PRN Negeri Sembilan, yang menyaksikan kedua-dua gabungan itu menguasai 25 daripada 36 kerusi dan membentuk kerajaan negeri.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.