KLIA Ekspres alami gangguan akibat kabel putus

Perkhidmatan tren KLIA Ekspres mengalami gangguan akibat kabel terputus antara stesen Putrajaya, Cyberjaya dan Stesen Salak Tinggi pagi tadi.
Susulan itu, tren ulang-alik sambungan dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya dimulakan 9.20 pagi tadi, manakala dari Stesen KLIA Terminal 2 ke Putrajaya dan Cyberjaya bermula 9.10 pagi.
“Kekerapan perkhidmatan tren bagi kedua-dua arah adalah setiap 15 minit.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berterima kasih atas kesabaran serta pemahaman anda,” katanya dalam kenyataan.
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.