PunchAbia APC candidate denies alliance rumoursThe Jerusalem PostAfter Morocco, Tokyo ticket troubles, Arkia launches discounted eSIM deal for passengersCNN TürkSON DAKİKA | Van'da feci kaza! TIR ile minibüs çarpıştı: 9 ölü, 5 yaralıInquirerTwo arrested in Dipolog buy-bust, shabu worth P340,000 seizedZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSoompiWatch: A2O LITE Takes 10th Win For “NEON” On “Music Core”; Performances By BLACKPINK’s Jisoo, RESCENE, TREASURE, And MoreDaily MailRussell Brand is left 'cowering in fear' in his cell as hundreds of prisoners chant: 'There's a Brand new n***e on the wing!'The Indian ExpressGokul chairman poll: CM says quorum is a must, Satej Patil says not requiredEl ComercioResultados Loto Plus Sorteo 3933: controlar los números del sábado 7 de noviembreGMA NewsTrump asks UFC chief Dana White to be White House press secretaryColliderAnya Taylor-Joy’s 148-Minute Sci-Fi Blockbuster Officially Wins Over Fans on StreamingMalay MailPolice round up nine suspects after 19-year-old killed in Sibu
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Strategi jangka panjang di sebalik PAS beralah di Melaka

Translate

Kesediaan PAS bertolak ansur dalam rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Melaka adalah sebahagian strategi jangka panjang parti itu untuk mengembangkan pengaruh, menurut penganalisis.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PAS secara bersendirian berdepan kesukaran untuk membentuk kerajaan justeru kerjasama dengan BN membuka peluang kepadanya untuk menyertai kerajaan negeri.

“Strategi PAS lebih kepada kerjasama dengan BN, masuk kerajaan, buktikan keupayaan, dengan harapan suatu hari rakyat memilih PAS atas kekuatan sendiri,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, berlatarkan rundingan kerusi PRN Melaka, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata partinya mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu dan tidak mahu tuntutan kerusi yang berlebihan menjejaskan rundingan dengan Umno.

Pada PRN kali ini, PAS dan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) bertanding di lima DUN manakala BN bertanding di 23 kerusi.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata, PAS bertolak ansur kerana menyedari ia tidak ada pengaruh yang kuat di Melaka.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

“Kedua, PAS mungkin menimbangkan potensi kerjasama pada masa depan, iaitu dalam PRU16. Itu lebih utama lagi,” katanya.

Beliau berpandangan, PAS akan mengambil pendirian lebih tegas di negeri yang dikuasainya seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“PAS tegas bahawa kerusi PAS tidak boleh dikompromi. PAS akan pertahankan, tetapi boleh bekerjasama di kerusi-kerusi yang dipegang oleh Umno,” katanya.

Sementara itu, Syaza berkata ‘penyatuan ummah’ merupakan slogan politik untuk menarik sokongan pengundi Melayu, namun strategi PAS ketika ini lebih menjurus kepada kepentingan parti.

“Kalau satu hari PAS dominan, saya tak rasa mereka akan terus dengan konsep penyatuan ummah. Jadi, strategi sekarang saya rasa PAS sedar walaupun ada ruang untuk parti tersebut melebar pengaruh di Melaka, ia tidak berbaloi untuk melawan Umno,” katanya.

Zaharuddin pula percaya, PAS dan Umno akan berdepan dilema memandangkan mereka berebut kerusi yang sama.

“Untuk menjadi dominan, PAS juga memerlukan kerusi-kerusi Melayu yang lebih banyak. Jadi, itulah antara dilema dan kekangan pada masa depan kerana kedua-dua parti sebenarnya bersaing di kerusi yang sama,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.