InquirerSara Duterte says to avail all remedies amid grave threats rapsPunchWhy AI cannot replace actors — FilmmakerDaily MaverickESCAPE: How a humble Soweto parkrun cultivates joy and community in a neglected parkThe Jerusalem PostIsrael warned of potential Hamas kidnapping operation years before Oct. 7, IDF col. claims - reportCNN TürkOpenAI ve Samsung arasındaki yakınlaşmaRTP DesportoJames Rodríguez regressa ao futebol colombianoBollywood HungamaBipasha Basu seeks Tukaram Mundhe’s help after she finds worms in protein powder: “You are our only hope”Inquirer EntertainmentAi-Ai delas Alas says ‘not affected’ by ex Gerald Sibayan’s new marriageוואלהצה"ל ושב"כ: חיסלנו את מפקד חטיבת חאן יונס בזרוע הצבאית של חמאסWirtualna PolskaWojna o Trybunał. Czarzasty odmawia Nawrockiemu i żąda ślubowania BerkaDaily MailMy husband will leave our home to his two children, can I carry on living here if he dies first?ColliderOnly 10 Anime Series From the 1990s Are True Masterpieces
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 11, 2026

KJ sifatkan ucapan Zahid amanat ‘PM in waiting’

Translate

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden Zahid Hamidi adalah amanat daripada ‘prime minister in waiting’ yang memberi gambaran dan hala tuju jelas buat Barisan Nasional (BN) untuk mendepani PRU akan datang.

“Rumusan daripada ucapan itu, ia adalah ucapan seorang ‘prime minister in waiting’ dan ucapan sebuah ‘government in waiting’,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 hari ini.

Terdahulu, ketika berucap pada perhimpunan itu, Zahid mengulangi tuntutan PRU16 diawalkan kerana yakin parti itu menerusi gelombang biru akan menerajui mandat baharu membentuk kerajaan.

Katanya, gelombang biru yang dibawa Umno bukan sekadar untuk menjadikan parti itu sebagai ‘pelengkap kerajaan’, sebaliknya bagi mendapatkan semula mandat memimpin negara.

Sementara itu, bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, berkata hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan kepimpinannya untuk mengembalikan parti itu melakukan lonjakan semula dan menjadi lebih kukuh.

Beliau berkata perjalanan sesebuah parti ada kalanya akan berdepan dengan saat jatuh dan bangun, seperti yang dilalui lapan tahun lalu yang membuktikan wujudnya roda putaran dalam politik.

“Masa kita naik, kita ditatang, dipuji dan disokong. Tapi masa kita turun lapan tahun sebelum ini, kita dicemuh, diserang dan difitnah.

“Semua itu disebut oleh presiden sebagai pengajaran dan memberi kita kekuatan.

“Sekarang terserah kepada pemimpin parti untuk menentukan putaran itu terus menghala ke atas,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 hari ini.

Dalam pada itu, veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah turut menyambut baik mesej penyatuan yang dibawakan dalam perhimpunan berkenaan, termasuk menggesa bekas ahli untuk kembali ke pangkuan parti.

“Sepatutnya masuk baliklah. Kita semua mengalu-alukan mereka masuk balik ke dalam Umno kerana kita nak satu keluarga yang besar. Kita perlukan banyak tenaga dan buah fikiran untuk selesaikan masalah,” katanya.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Li juga melihat kehadiran pimpinan PAS ke PAU sebagai satu perkembangan positif ke arah penyatuan ummah.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, dan Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari dilihat hadir ke perhimpunan agung itu pagi tadi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.