The Jerusalem PostNetanyahu presses Trump for four-to-seven-day Iran strike campaign - reportInquirerIlocos Sur RTC acquits community doc, IP advocate of attempted murderSözcüKöfteci Yusuf’un işe alım şartları sosyal medyaya düştüThe Sydney Morning HeraldA gulag survivor’s view from Lviv: Why superpower summits won’t decide Ukraine’s fateNew Straits TimesMan shot dead after opening fire at police in IpohDaily MailTrump reveals 'indications Iran is looking at bioweapons' as he's quizzed over Cabinet members relocating amid growing fears of attack on US soilPunchIG urged to curb election-related violenceCNN بالعربيةالسعودية.. محمد بن سلمان يستقبل قائد القيادة المركزية الأمريكية بعد لقاء الأخير مع وزير الدفاع الأمير خالدEl ComercioUcrania golpea por tercera vez el puente de Crimea horas antes de la cumbre Putin-Trump-Xi en ChinaTRT HaberOsmaniye'yi sağanak vurdu: Rögarlar taştı, araçlar yolda kaldıLa NaciónEl golazo desde 60 metros que le hicieron a Agustín Rossi en Flamengo vs. ParanaenseInvesting.comSyntara Ltd تستعرض خط أدويتها والسيولة المالية في مؤتمر Bell Potter
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

SPRM digesa dedah status siasatan Scorpene susulan perjanjian baharu dengan Perancis

Translate

Seorang pemimpin DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan status siasatannya berhubung urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis pada 2002.

Ketua Biro Undang-undang Wanita DAP, Sangeet Kaur Deo, berkata gesaan itu dibuat selepas perjanjian pertahanan baharu dimeterai dengan syarikat Perancis semalam, sempena lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke Malaysia, termasuk program ‘pemodenan pertengahan hayat’ kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sangeet berkata kerajaan perlu mengetahui sepenuhnya urus niaga dan dakwaan berkaitan pembelian kapal selam Scorpene sebelum memeterai perjanjian baharu dengan syarikat sama yang terbabit dalam urus niaga terdahulu.

“Usaha memperkukuh hubungan dengan Perancis tidak boleh bermakna isu Scorpene yang belum selesai disapu ke bawah permaidani.

“SPRM mesti menyatakan secara terbuka sama ada siasatan Scorpene masih berjalan, apakah perkembangan petunjuk berhubung pembayaran RM42 juta itu dan sama ada mana-mana individu akan didakwa.

“Jika siasatan sudah ditutup, nyatakan demikian dan jelaskan sebabnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib Razak, yang kini dipenjarakan, merupakan menteri pertahanan ketika perjanjian pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan sebuah kapal selam Agosta daripada unit limbungan kapal tentera laut Perancis, DCN — kini sebahagian daripada syarikat pertahanan Thales — dimeterai pada nilai USD1.2 bilion.

Sekutunya, Abdul Razak Baginda, bertindak sebagai penasihat dalam urus niaga itu. Beliau didakwa menyembunyikan bayaran komisen melebihi €114 juta sebagai ‘kerja perundingan’ oleh sebuah syarikat yang mana beliau merupakan pemegang saham terbesar.

Dua tahun lalu, SPRM berkata siasatannya berhubung pemerolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis pada 2002 masih berjalan. Satu sumber kemudian mendedahkan agensi itu menerima petunjuk baharu dalam siasatannya, berkaitan pembayaran RM42 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya.

RM42 juta itu dilaporkan sebahagian daripada kontrak bernilai RM530 juta bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam berkenaan.

Pada 2022, Thales didakwa atas pertuduhan bersubahat dalam rasuah berhubung pembelian tiga kapal selam oleh Malaysia.

Perjanjian bagi program pemodenan pertengahan hayat kapal selam itu dimeterai semalam dengan Thales dan Safran.

Sangeet menggesa kerajaan menjelaskan usaha penelitian sewajarnya yang dilakukan sebelum perjanjian itu dimeterai dengan Thales, serta sama ada perjanjian berkenaan merangkumi perlindungan antirasuah.

“Kerajaan juga mesti menyatakan pendiriannya berhubung isu Scorpene, termasuk langkah yang diambil untuk melindungi kepentingan Malaysia dalam prosiding di Perancis dan mendapatkan semula wang awam yang mungkin telah hilang.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.