ESPNRays hold off Yankees to take 2-0 series leadESPN DeportesWhite Sox remonta y se pone 2-0 en serie divisional vs. GuardiansThe Jerusalem PostCuba says US contacts fall short of formal talks as Trump pressure mountsInquirer3 new frogs discovered in Mindanao, Visayas after 100 years한겨레국방부 “궁극적 병역특례 감면 폐지 추진…일부 스포츠계 언행 굉장히 유감”DeadlineJim Bakker Dies: Televangelist Was 86النهاراحتجاجات الطلاب تهز فرنسا... من أزمة تعليم إلى معركة رئاسية؟ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesChow: US visit brings positive outlook for Penang investmentLa TerceraNicolás Córdova rompe el silencio tras la polémica salida de Núñez de la Roja: “Me enteré cuando iba al entrenamiento”سكاي نيوز عربيةنجل مادورو يكشف تدهور صحة زوجة والده في السجنSBS 뉴스"공소청·중수청, 국민의 역사적 결단…엄정 수사해야"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Pemimpin Umno tepis dakwaan kerjasama dengan PAS tak bertahan lama

Translate

Pemimpin Umno menepis dakwaan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berhubung naratif penyatuan parti itu dengan PAS tidak akan bertahan lama, sebaliknya menegaskan ia kekal teras kestabilan politik semasa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata percaturan politik sentiasa berubah mengikut emosi dan trend pengundi.

Beliau menyorot trend politik global di Barat dan Asia kini lebih cenderung kepada politik identiti serta agama yang menyukarkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP meraih sokongan bangsa lain.

“PH dan DAP diberi peluang memerintah sebanyak dua kali sejak 2018, tetapi tidak bertahan lama, iaitu melalui majoriti mutlak pada 2018 dan dengan sokongan Umno pada 2022,” katanya kepada FMT.

Justeru, beliau berkata, kerjasama dan penyatuan Umno serta PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu kekal teras utama kestabilan politik negara buat masa ini.

Ahad lalu, media melaporkan Loke berkata, penyatuan pengundi Melayu berasaskan naratif perpaduan Umno dan PAS tidak boleh bertahan lama, selain mengingatkan DAP supaya meluaskan pengaruh melangkaui kubu tradisi menjelang PRU16.

Seorang lagi ahli MKT, Razlan Rafii, berkata pemikiran untuk melihat kaum majoriti menjadi teras kepimpinan negara sudah lama tertanam dalam sanubari rakyat, seiring perkembangan politik global yang beralih kepada parti berlandaskan perjuangan pribumi.

Menurutnya, pendekatan itu bukannya untuk mengetepikan mana-mana kaum, sebaliknya menjadi asas dalam memastikan Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara.

Beliau mendakwa DAP kehilangan sokongan masyarakat Cina kerana gagal memperjuangkan isu asas ekonomi ketika berada dalam kerajaan, manakala Umno dan PAS mempunyai asas sama untuk melihat Malaysia ditadbir tanpa permainan isu kaum.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.