Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Shreyaa Chaudhry of Bandish Bandits fame to star opposite Ayushmann Khurrana in YRF and Posham Pa Pictures’ MupapaCNN Türkİran: ABD'nin 7 günlük planımıza ilişkin ilettiği mesajı inceliyoruzInquirer66-year-old man found dead under bridge in Oriental MindoroPunchWhy Ronaldo warm-up controversy escalated – Coach JesusThe Jerusalem PostPrince Andrew launches lawsuit against Thames Valley Police over Epstein-linked arrestESPN'Everything just clicked' with McMillan, Young in Panthers' primetime win한겨레영국 기지 배치된 미군 B-1 폭격기 12대, 미국으로 긴급 철수ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSky TG24Ragusa, sequestrati 377 animali esotici vivi protetti nel porto di PozzalloVarietyITV Studios Travels to Mipcom With 10 New Titles on Its Formats Slate, Led by ‘The Chase Around the World’ (EXCLUSIVE)NTVSon dakika deprem mi oldu? Az önce deprem nerede oldu? İstanbul, Ankara, İzmir ve il il AFAD son depremler 05 Ekim 2026Daily MailAnti-migrant protesters scuffle with police after nearly 150 small boat arrivals use 'new route' to land at historic naval port
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Tunggakan RM314 juta Zetrix sejak Mei 2026, bukan 2023, kata Loke

Translate

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menjelaskan tunggakan RM314 juta yang gagal diserahkan Zetrix AI Bhd kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik hanya bermula Mei tahun ini, bukan 2023.

Beliau berkata, tunggakan itu hanya bermula 19 Mei lalu hingga 30 Sept ini.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan dan JPJ sudah mengambil langkah mendapatkan semula kutipan berkenaan, termasuk mengadakan empat sesi libat urus sejak Mei lalu bersama semua pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Kewangan serta mengeluarkan 35 notis peringatan kepada syarikat.

“Pada 21 Ogos, syarikat itu menyerahkan cek bertarikh 30 Sept bernilai RM231 juta. Bagaimanapun, apabila cek itu dikreditkan pada 30 Sept, pihak bank tidak memproses cek tersebut atas arahan pihak syarikat,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini.

Syarikat itu dijenamakan semula daripada MyEG kepada Zetrix AI pada Julai 2025.

JPJ menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI sebagai ejen pemungutnya berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta kedudukan obligasi belum dipenuhi atau diselesaikan syarikat itu.

Dalam pada itu, Loke enggan mengulas sama ada MyEG dan Zetrix mempunyai kaitan dengan Umno.

“Itu kamu tanya dia. Satu (perkara) yang pasti, tiada kaitan dengan parti saya (DAP). Tetapi dia berkaitan dengan parti mana bukan ‘consideration’ saya.

“Dia berkaitan dengan fakta. Apa tunggakan yang sepatutnya obligasi kepada kerajaan tidak dipenuhi dan tindakan perlu diambil.”

Pada masa sama, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan dan JPJ turut menetapkan tempoh penyelesaian bagi tunggakan berkenaan dan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan semula kutipan yang sepatutnya diterima kerajaan.

Menurutnya, akses kepada perkhidmatan melalui syarikat itu hanya akan dipertimbangkan dibuka semula selepas ia menyelesaikan semua tunggakan.

Katanya, urus niaga berkaitan perkhidmatan JPJ tidak akan terjejas dan terus tersedia kepada orang ramai melalui saluran alternatif, termasuk aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan kaunter.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.