ESPNRB Barkley, WR Smith among 5 Eagles ruled out for London game vs. JagsPunchPolice return recovered stolen cars, motorcycle to owners in KanoCNN TürkMASTERCHEF'TE ELEME ADAYI KİM OLDU? 9 Ekim MasterChef'te 5. eleme adayı kim seçildi?The Jerusalem PostGov't honors creators of NAZA, The True Story for challenging claims of Yuval Abraham's documentaryUOLOs segredos da megarreforma da residência de Putin no mar NegroVanguardAmaechi’s campaign in Rivers will be difficult if…, says WikeThe RegisterMicrosoft leans on open weight model from Chinese AI lab to challenge JevGuardian SportNew Zealand v Australia: Bledisloe Cup rugby union international – liveZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFPremium TimesComoros 0-2 Nigeria: Five key observations as Eguavoen begins Olympic race with Super FalconsSözcüErmenistan Başbakanı Paşinyan'ın Azerbaycan paylaşımı olay olduسكاي نيوز عربيةبعد حذف 130 مليون ناخب من القوائم.. "حركة الصراصير" تحتج
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Perlu pangkalan data etnik antarabangsa rapat jurang diaspora Melayu, kata Aaron

Translate

Kementerian Perpaduan Negara menekankan keperluan pangkalan data etnik yang komprehensif di peringkat antarabangsa bagi merapatkan jurang pendataan diaspora Melayu.

Menteri Aaron Ago Dagang berkata, langkah itu penting memandangkan sehingga kini belum terdapat satu pangkalan data antarabangsa yang seragam berasaskan etnik, biarpun statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan lebih 1.8 juta diaspora Malaysia di seluruh dunia.

“Masyarakat Melayu perlu dilihat bukan sahaja berasaskan sempadan negara moden, tetapi dalam kerangka sejarah dan peradaban Alam Melayu yang merentasi rantau ini dan wilayah lain.

“Keadaan ini menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang besar untuk kita mengukuhkan dokumentasi, penyelidikan, dan pendataan diaspora Melayu secara lebih sistematik,” katanya pada Seminar Antarabangsa Melayu Diaspora 2026 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia.

Menurutnya, usaha memelihara bahasa, seni, adat, dan warisan Melayu penting bagi memastikan khazanah berkenaan terus didokumentasikan, dikaji dan dihayati sebagai ‘warisan yang hidup’.

Mengulas lanjut, Aaron turut mengetengahkan kewujudan komuniti Melayu di luar rantau ini seperti masyarakat Cocos Malay di Australia dan komuniti Melayu di Cape Town, Afrika Selatan yang dibentuk sejak lebih 300 tahun lalu.

“Di Cape Town, kesan warisan itu masih diresapi sehingga kini.

“Presiden Afrika Selatan sendiri mengiktiraf bahawa bahasa Melayu mempunyai pengaruh terhadap perkembangan bahasa Afrikaans, selain rekod awal tulisan Afrikaans dicatatkan dalam tulisan Arab di madrasah pada 1830,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya menerusi Jabatan Muzium Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia akan terus memperkasakan penyelidikan, pendigitalan manuskrip, serta meluaskan jaringan kerjasama antarabangsa.

“Diaspora Melayu perlu dilihat sebagai aset diplomasi budaya. Jika diplomasi rasmi menghubungkan kerajaan, diplomasi budaya menghubungkan manusia,” katanya.

Tambahnya, Bahasa Melayu mempunyai tradisi persuratan dan pentadbiran berakar sejak lebih 1,300 tahun lalu menerusi penemuan batu bersurat zaman Sriwijaya, sebelum diiktiraf di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai asas penyatuan negara bangsa.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.