The Jerusalem PostIDF reinforces West Bank troop deployment amid concern of terror attacks over holidaysESPNTaylor Swift 12, Purdue 0: Boilermakers' album release curse continuesInquirerMarcos meets with Eastern Visayas troops; lauds security, peace effortsBollywood HungamaAnubhav Sinha launches music label ‘Benaras Beat’ with exclusive songs to be unveiledPunchHaaland leads Ronaldo, Mitrović, Gyokeres in Nations League all-time scoring chartUN NewsThe Takeaway: UN General Assembly debate Day 5CNN TürkSON DAKİKA... Antalya Milletvekili Erdem hakkında 'rüşvet' suçundan soruşturma한겨레추석 연휴 마지막날 한강공원 흉기소지 40대 검거…다친 사람은 없어UOLMulher é agredida com soco e ameaçada de morte por namorada em Jandaia do SulColliderTom Hardy’s 8-Episode 'Peaky Blinders' Follow-Up Officially Lands on Free StreamingCBS NewsSeveral arrested, bomb disposal deployed near air base used by U.S. forcesAnime News NetworkMonster Strike Franchise Gets New Mera×Death: Shinigami to Boku no Ijō na Koi TV Anime Starting on January 5
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

MIPP bukan ‘pengikut’ PAS, akan tentukan hala tuju sendiri

Translate

Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menolak pandangan bahawa ia akan sekadar mengikut hala tuju PAS sekiranya Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya, sambil menegaskan parti itu mampu menentukan masa depan politiknya sendiri.

Timbalan Presidennya S Subramaniam berkata MIPP mempunyai kepimpinan, struktur organisasi, keahlian, prinsip dan agenda politik sendiri, termasuk dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat India.

Katanya, penyertaan MIPP dalam PN dibuat atas persefahaman politik dan komitmen untuk bekerjasama dengan parti komponen lain, bukannya kerana tunduk kepada mana-mana parti tertentu.

“MIPP sangat jelas, kami mahu PN kekal dan terus menjadi gabungan politik yang kuat.

“Namun, MIPP bukan parti yang menunggu parti lain menentukan masa depannya,” katanya dalam kenyataan.

Subramaniam mengulas laporan FMT (bold dan masukkan link) memetik pandangan penganalisis bahawa MIPP dan Gerakan berkemungkinan mengikut hala tuju PAS sekiranya PN tidak lagi dapat berfungsi sebagai sebuah gabungan.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia dipetik berkata dua parti itu mungkin terus bersama PAS jika parti Islam itu memberi ruang pilihan raya mencukupi serta identiti politik jelas kepada mereka.

MIPP diterima menjadi sebahagian daripada parti komponen PN pada April 2024 semasa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menjadi pengerusi.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 Sept selepas mengeluarkan notis bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan dikemukakan Bersatu.

JPPM menegaskan tindakan itu bukan keputusan membatalkan pendaftaran gabungan berkenaan.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik pada masa depan, MIPP akan menilai keadaan berdasarkan kepentingan parti, ahlinya serta masyarakat India.

Katanya, kerjasama MIPP dengan PAS dan komponen PN lain berasaskan rasa hormat antara satu sama lain, dengan setiap parti perlu mempunyai identiti dan suara tersendiri.

“Politik gabungan tidak boleh berfungsi dengan berkesan jika satu parti menganggap parti lain tidak mempunyai suara sendiri.

“Setiap parti komponen mesti mempunyai peranan bermakna, identiti politik yang jelas dan perwakilan sewajarnya dalam sesebuah gabungan,” katanya.

Beliau turut menolak tanggapan kedudukan MIPP hanya bergantung kepada lambang parti atau peluang kerusi yang diberikan rakan politik.

Menurutnya, MIPP sedang memperkukuh akar umbi dan membina identiti politik sendiri bagi menawarkan wadah alternatif kepada masyarakat India.

Subramaniam berkata keutamaan parti ketika ini adalah memperkukuh organisasi dan akar umbi serta meneruskan kerjasama dengan rakan politiknya dalam PN.

“MIPP akan bekerjasama dengan rakan politik, tetapi kami akan kekalkan identiti, prinsip dan suara sendiri.

“Masa depan MIPP akhirnya akan ditentukan kepimpinan, jawatankuasa pusat dan ahli parti, bukan berdasarkan spekulasi politik,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.