ESPN DeportesRafael Márquez: No tenemos la materia prima para jugar como BarcelonaESPNSources: Warriors, Curry reach 2-year extension worth $116 millionThe Jerusalem PostBoker tov, Eliyahu: Israel is finally waking up to its global image crisis - opinionPunchIs ungratefulness a Gen Z culture?InquirerSara Duterte denies receiving money from Velasco’s ex-aideUOLDepois da Meta, TikTok aceita limitar tempo de uso dos adolescentesSözcü40 bin nüfuslu ilçede milyarlık vurgunMintJaishankar rebuffs Pakistani reporter at UNGA: ‘A terrorist country is asking me?’سكاي نيوز عربيةفرنسا تعمل على إصدار قرار دولي بشأن مضيق هرمزGMA NewsVisayas grid to be placed yellow alert on Saturday afternoonConsequenceOlivia Rodrigo Kicks Off “Unraveled Tour”: See 26-Song Setlist + VideoSportstarShooting LIVE updates from Asian Games 2026, September 26: India wins silver in 50m 3P team event; Tilottama, Vidarsa to feature in individual final
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

MB perlu jelas beza dulu dan sekarang dalam isu istana NS, kata penganalisis

Translate

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, perlu menjelaskan mengapa pendiriannya berhubung proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak dianggap campur tangan politik, selepas Barisan Nasional (BN) sebelum ini menarik balik sokongan kepada Aminuddin Harun atas alasan mempertahankan institusi adat dan diraja, kata penganalisis.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, campur tangan dalam institusi diraja berlaku apabila kerajaan tidak lagi sekadar mengakui wujudnya sesuatu isu, sebaliknya mengambil pendirian tentang siapa pemerintah yang sah dan siapa yang tidak.

Katanya, selepas Jabatan Peguam Negara menyatakan proklamasi 19 April tidak sah, exco yang dilaporkan dipecat sepatutnya mengambil pendirian paling berhati-hati dengan mengekalkan status quo.

“Kerajaan bukan lagi sekadar mengambil maklum, tetapi membuat keputusan tentang kedudukan Yang Dipertuan Besar,” katanya kepada FMT.

Pada April, semua 14 Adun Umno menarik balik sokongan mereka kepada Aminuddin, ketika krisis membabitkan empat Undang yang mendakwa Tuanku Muhriz telah diturunkan daripada kedudukan Yang Dipertuan Besar.

Ketika itu, BN Negeri Sembilan mengaitkan tindakannya dengan pendirian mempertahankan institusi adat, perlembagaan dan undang-undang negeri.

Namun, pada 16 Sept, ahli exco kerajaan negeri dilaporkan menyokong proklamasi 19 April yang mendakwa Tuanku Muhriz dilucutkan jawatan dan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.

Pendirian itu dibuat selepas Menteri Besar Ismail Lasim pada 9 Sept menolak keabsahan surat cara proklamasi bertarikh 3 Ogos, yang didakwa ditandatanganinya, dengan berkata ia tidak mematuhi proses dan tatacara bawah Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, serta tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ismail kemudian pada 17 Sept mengesahkan keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat exco pada 15 Sept.

Syaza berkata, Ismail perlu menjelaskan asas perlembagaan yang memberi kuasa kepada exco untuk menyokong atau mengiktiraf pengganti Yang Dipertuan Besar.

Katanya, penjelasan itu penting kerana BN sebelum ini mendakwa Aminuddin mencampuri urusan diraja apabila menyokong kedudukan Tuanku Muhriz.

“Kalau ada pendirian substantif yang membezakan keadaan dulu dan sekarang, perbezaan itu perlu dijelaskan,” katanya.

Syaza berkata isu itu juga tidak hanya terletak pada Umno kerana PAS sebelum ini menyokong tindakan Jalaluddin Alias, dan kini bersama dalam kerajaan negeri.

Katanya, prinsip tanggungjawab bersama terpakai kepada semua anggota kerajaan.

“Kalau PAS atau exco mereka ada bantahan, maka boleh tunjuk rekod tersebut. Berdiam erti setuju,” katanya.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula berkata, kemelut itu menguji konsistensi prinsip parti politik apabila bertukar daripada pembangkang kepada kerajaan.

Beliau berkata, jika tindakan pentadbiran Aminuddin dahulu dianggap mencetuskan persoalan campur tangan dalam institusi adat, kerajaan baharu juga perlu menjelaskan garis pemisah apabila membuat keputusan yang mempunyai kesan langsung terhadap kedudukan Yang Dipertuan Besar.

“Rakyat bukan hanya menilai keputusan. Rakyat menilai konsistensi,” katanya.

Zaharuddin berkata, BN mungkin mempunyai tafsiran undang-undang tersendiri, manakala pihak yang menyokong proklamasi mungkin berhujah ia dibuat berdasarkan kuasa undang-undang adat.

Namun, katanya pendirian AGC dan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

AGC menyatakan, proklamasi 19 April tidak memenuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, manakala DKU menegaskan Tuanku Muhriz kekal pemerintah yang sah.

Zaharuddin berkata, Negeri Sembilan tidak memerlukan lebih banyak politik dalam krisis ini, sebaliknya penghormatan kepada perlembagaan negeri, institusi adat dan proses undang-undang.

“Politik boleh berubah selepas pilihan raya. Prinsip tidak sepatutnya berubah selepas mendapat kuasa,” katanya.

Bagi penganalisis, kerajaan negeri kini perlu menjawab tiga perkara: asas kuasa exco, sebab pendirian itu bercanggah dengan nasihat AGC dan DKU, serta bagaimana ia berbeza daripada tindakan yang pernah dikritik BN ketika Aminuddin menjadi menteri besar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.