ESPN DeportesNFL: Jahmyr Gibbs se convirtió en la figura de la Semana 3InquirerPiston prefers tax-free oil products to P1 fare hikeESPNNo. 8 Liberty keep foot on gas to eliminate top-seeded LynxDaily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitThe Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismUOLVínculos com Lula, Flávio Bolsonaro e Cláudio Castro marcam debate entre candidatos no RJХабрGreenplum как расширение PostgreSQL 19SCMP ChinaSlow is beautiful: China launches war against AI drama, goes beyond algorithmsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-09-2026La Tercera“El Estado se habría quedado con un solo proveedor”: FNE explica por qué no pidió excluir de contratos públicos a empresas acusadas de colusión por vales de alimentaciónColliderThe 10 Best Stephen King Audiobooks, RankedLenta.ruВ России указали на препятствия Евросоюза на пути к мирным переговорам
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Hasrat Umno kekal kuasa utama boleh jejas kestabilan, kata penganalisis

Translate

Hasrat Umno untuk kekal sebagai kuasa utama dalam kerajaan akan datang meskipun kedudukannya tidak lagi sekuat dahulu boleh menjejaskan kestabilan mana-mana pentadbiran yang disertainya selepas PRU16, menurut penganalisis.

Mereka berkata parti itu dijangka terus mahu memainkan peranan penting dalam menentukan kepimpinan, pembahagian kerusi Parlimen dan perkongsian kuasa walaupun tidak mempunyai kekuatan angka untuk mendominasi seperti sebelum ini.

Wong Chin Huat

Wong Chin Huat.

Saintis politik Universiti Sunway Wong Chin Huat berkata keengganan parti atau gabungan lebih kuat untuk melepaskan kedudukan kepimpinan boleh mencetuskan pergeseran dalam sebarang kerjasama yang cuba dibentuk bersama Umno.

Menurutnya, Umno mungkin mengambil pendekatan lebih fleksibel dalam kerjasama politik untuk kembali mengukuhkan kedudukan, namun percaturan antara rakan gabungan yang cuba saling mengatasi boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selepas pilihan raya.

“Tiada satu pun gabungan benar-benar mempercayai satu sama lain. Tetapi mereka mungkin bertolak ansur untuk membentuk kerajaan bersama pesaing bergantung kepada syarat yang dipersetujui,” katanya kepada FMT.

Pandangan itu timbul ketika BN memberi isyarat berbeza mengenai hala tuju kerjasama politiknya di peringkat persekutuan dan negeri.

BN dan Pakatan Harapan (PH) masih bekerjasama dalam kerajaan persekutuan, namun hubungan itu berdepan tekanan apabila BN menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di sesetengah negeri.

Dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, BN meninggalkan kerjasama kerajaan perpaduan dengan PH dan bergabung dengan PN untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

Di Melaka pula, BN menegaskan semua pilihan masih terbuka, dengan Pengerusi BN negeri Ab Rauf Yusoh berkata gabungan itu bersedia berunding dengan mana-mana parti menjelang pilihan raya.

Sementara itu, di Pulau Pinang, seorang pemimpin Umno mencadangkan kerjasama dengan PH diteruskan di negeri itu, menyebabkan PAS Pulau Pinang mempersoalkan keikhlasan Umno dan mendakwa parti itu lebih mengutamakan cita-cita politik berbanding agenda penyatuan Melayu-Islam.

Bagaimanapun, pada Ahad, pengerusi BN yang juga Presiden Umno Zahid Hamidi menolak kemungkinan kerjasama dengan PH diteruskan selepas Parlimen dibubarkan, dengan menegaskan beliau tidak melihat ruang untuk kerjasama itu.

Wong berkata perubahan pertimbangan politik seperti itu menunjukkan sebarang kerjasama selepas pilihan raya mungkin lebih didorong kepentingan semasa berbanding kepercayaan antara parti.

“Kestabilan hanya boleh dicapai apabila parti politik menerima kewujudan satu sama lain dan berhenti cuba mengatasi atau mengambil kesempatan terhadap rakan mereka,” katanya.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berpandangan soal pembahagian kerusi dan kuasa akan menjadi cabaran utama dalam sebarang kerjasama antara BN dan PN.

Beliau berkata pilihan raya negeri boleh menjadi medan untuk menguji bentuk kerjasama strategik menjelang pilihan raya umum, walaupun keadaan di peringkat nasional jauh lebih rumit.

“Persoalan siapa yang memimpin serta bagaimana kuasa dan kerusi dibahagikan akan menjadi ujian sebenar terhadap ketahanan sebarang kerjasama BN-PN,” katanya.

Bagaimanapun, Awang Azman berkata risiko ketidakstabilan bukan hanya berkaitan Umno kerana mana-mana kerajaan yang dibentuk melalui kerjasama longgar tanpa struktur jelas selepas pilihan raya boleh menghadapi tekanan sama.

Menurutnya, persoalan utama ialah sama ada kerajaan yang dibentuk selepas PRU16 mampu mengimbangi kepentingan setiap parti dan gabungan dalam soal dasar, jawatan serta perkongsian kuasa.

“Kerajaan yang mempunyai persetujuan jelas mengenai dasar utama, pembahagian tanggungjawab dan mekanisme penyelesaian pertikaian akan mempunyai asas lebih kukuh untuk mencapai kestabilan,” katanya.

Awang Azman berkata prestasi Umno dalam pilihan raya juga penting kerana mandat lebih kukuh akan memberi parti itu lebih banyak ruang dan pengaruh dalam menentukan bentuk kerajaan selepas PRU16.

Kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi

Tan Peck Leong

Tan Peck Leong.

Tan Peck Leong dari Universiti Teknologi Mara berkata ketidakstabilan politik turut membawa kesan ekonomi kerana ia mewujudkan ketidaktentuan dasar bagi pelabur.

Katanya, pelabur lazimnya menilai petunjuk tadbir urus seperti Worldwide Governance Indicators Bank Dunia, termasuk kestabilan politik, kedaulatan undang-undang dan kualiti kawal selia sebelum membuat keputusan pelaburan.

“Pasaran kewangan boleh bertindak balas hampir serta-merta, manakala pelabur jangka panjang mungkin menangguhkan atau menilai semula projek kerana pelaburan seperti kilang dan infrastruktur membabitkan komitmen yang sukar diubah,” katanya.

Tan berkata ketidakstabilan juga boleh menjejaskan jangkaan mengenai hala tuju dasar, kelulusan, insentif dan kesinambungan peraturan.

“Ekonomi akhirnya akan menyesuaikan diri, tetapi proses itu mengambil masa. Keyakinan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina, namun boleh terjejas dalam tempoh yang sangat singkat,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.