PunchShipowners urge Dangote to support local fleetThe Jerusalem PostBoy George stands with Israel, so where are the rest of the world's artists? - editorialDaily MaverickMAVERICK MIND QUIZ: Put your knowledge to the test with the Maverick Mind quizESPN DeportesJose Fernandez abre paso a otros entrenadores latinos en la WNBAInquirerMetro Manila subway project marks first tunnel boring breakthroughESPNWhat we've seen from Alabama QB Keelon Russell through three gamesTRT HaberTürk dil birliğinin fikir adamı: İsmail Gaspıralı한겨레서울→부산 6시간…귀성길 정체 밤 9시께 풀릴 듯Bollywood HungamaHurun Rich List 2025: From Bollywood star to billionaire mogul: How Juhi Chawla built her rs. 7,790 crore fortuneSözcüAltın fiyatları altüst oldu: Dikkat çeken uyarı geldiCNN TürkMilyonlarca kişiyi ilgilendiriyor: Gayrimenkul alım satımında yeni kurallar geliyorRappler[Ask the Tax Whiz] Why is the BIR auditing your business?
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Gagal bukti salah laku, BFM diarah bayar penerbit RM358,400

Translate

Sebuah stesen radio swasta diperintah membayar RM358,400 kepada seorang bekas penerbit dan penyampai selepas Mahkamah Perusahaan mendapati dakwaan gangguan seksual dan kelakuan tidak wajar digunakan bagi pemecatannya gagal dibuktikan.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pravin Kaur Jessy, berkata BFM Media Sdn Bhd mempunyai asas menyiasat dakwaan itu, namun bukti tersedia tidak cukup membuktikan salah laku berdasarkan imbangan kebarangkalian terhadap Umapagan K Ampikaipakan.

“Syak wasangka mungkin mewajarkan siasatan. Kebimbangan mungkin membenarkan sikap waspada. Namun, syak wasak ataupun kebimbangan tidak boleh menjadi ganti kepada pembuktian,” katanya dalam penghakiman 98 halaman bertarikh 21 Sept.

Mahkamah mendapati beberapa dakwaan terhadap Umapagan tidak tepat, tidak pasti punca penyebarnya, dokumentasi tidak lengkap, dan tidak diuji dalam aspek penting.

Pravin berkata, mahkamah tidak boleh menyamakan alasan untuk menyiasat dengan bukti salah laku, terutama apabila dakwaan gangguan seksual boleh membawa akibat serius terhadap reputasi, maruah, dan mata pencarian seseorang pekerja.

Kes tersebut berbangkit susulan penyebaran e-mel tanpa nama yang mendakwa berlaku gangguan seksual di BFM pada November 2018. Syarikat itu telah melantik penyiasat luar untuk menyiasat dakwaan ditimbulkan.

Umapagan menerima notis tunjuk sebab pada 24 Dis 2018 dengan perkhidmatannya ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, pada 4 Jan 2019.

BFM mengekalkan tindakannya berdasarkan dapatan siasatan bebas dan kelakuan Umapagan adalah setara dengan gangguan seksual atau sekurang-kurangnya, kelakuan yang tidak wajar dan tidak profesional.

Namun, Pravin berkata peranan Mahkamah Perusahaan bukanlah sekadar menilai sama ada syarikat mempunyai asas munasabah untuk mengesyaki berlaku salah laku.

“Mempunyai asas munasabah untuk mengesyaki seorang pekerja melakukan pelanggaran tidak melepaskan majikan daripada beban pembuktian apabila perkara itu dibawa ke adjudikasi Mahkamah Perusahaan,” katanya.

Mahkamah turut mendapati Umapagan mengalami kerugian material ketara kerana mesej asal serta identiti beberapa pihak yang menuduhnya dirahsiakan.

Malah, beberapa dakwaan hanya timbul selepas sesi temubualnya bersama pihak penyiasat, dan beliau tidak diberi peluang memberikan maklum balas.

Pravin berkata, adalah ‘tidak berasas dari segi undang-undang’ untuk mengharapkan seseorang pekerja menjawab secara menyeluruh dakwaan samar yang melibatkan pelatih atau rakan kerja yang tidak dinamakan, serta mesej yang didakwa dihantar beberapa tahun sebelumnya.

Mahkamah juga mendapati wujud kepincangan dalam beberapa tangkapan layar yang BFM sandarkan, termasuk ketiadaan mesej asal serta bukti kukuh menghubungkannya dengan pengirim atau penerima yang didakwa.

“Kes syarikat ini walaupun serius dari segi dakwaan, gagal dibuktikan kukuh,” kata Pravin.

Mahkamah memutuskan Umapagan telah dipecat tanpa sebab atau alasan adil.

Bagaimanapun, mahkamah enggan memerintahkan beliau diambil semula bekerja memandangkan lebih tujuh tahun telah berlalu sejak pemecatan berlaku, dan hubungan dengan syarikat telah terjejas.

Sebagai gantinya, mahkamah menganugerahkan Umapagan RM51,200 sebagai pampasan mengikut gantian pengambilan semula bekerja dan RM307,200 sebagai tunggakan gaji, menjadikan jumlah keseluruhan RM358,400.

Peguam P Jayasingam, Thavaselvi Pararajasingam, dan Eve Hong bertindak bagi Umapagan, manakala Yong Hon Cheong dan S Sivagami mewakili BFM.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.