ESPN DeportesPackers perdonan, pero siguen arriba ante CowboysThe Jerusalem PostPolymarket bets favor Eisenkot over Netanyahu ahead of Israeli electionESPNBuzz: Rams' loss to Cardinals sends shockwaves through survivor poolsPunch2027: Wike, lawmakers meet Fubara in Rivers한겨레혁신당, 새 조희대 탄핵안 공개…민주당에 “역풍 걱정 거두고 즉각 동참하라” 압박Daily MaverickAMABHUNGANE: Analysis — Cape Town ‘gang boss’ Ralph Stanfield’s courtroom showdown loomsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLDesafio de Lula para abrir sigilo pegou bem nas qualis do PTالنهارالزمن الأول تحوّل… مجرد ميليشيا!경향신문HD현대, 미국 현지서 무인수상함 기술 시연…한국 기업 최초سكاي نيوز عربيةأوباما يدين مداهمة منزل إلهان عمر ويعتبرها "محاولة ترهيب"Daily MailBella Hadid stuns in separate sensational looks on runway at Victoria's Secret Fashion Show 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

Malaysia kekal sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, kata PM

Translate

Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan, selain mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat Asean bagi memperkukuh tindakan bersama menangani masalah itu.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata beliau mengikuti rapat perkembangan kebakaran berkenaan yang turut menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk menyebabkan penutupan sekolah di beberapa negeri dan kawasan.

“Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar turut mengiktiraf usaha pemerintah Indonesia yang mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung kebakaran hutan dan tanah itu, sambil mengakui usaha menangani bencana berkenaan bukan mudah berikutan keluasan kawasan terjejas dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Beliau berkata cabaran rentas sempadan itu perlu ditangani menerusi komitmen dan tanggungjawab bersama, selaras dengan hubungan erat antara kedua-dua negara serta semangat kerjasama serantau.

“Kita telah mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat Asean bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan,” kata beliau.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.