The Jerusalem PostIDF, Shin Bet arrest 10 suspects connected to attack on US journalist, EU diplomats in West BankPunchMorning recap: Wike meets Fubara, FG disputes World Bank debt figures, other top storiesCNN Türk19 EKİM HAVA DURUMU İSTANBUL SON DAKİKA! Bugün hava nasıl olacak, İstanbul’da şiddetli yağış olacak mı?InquirerChurch, youth groups push action vs political dynastiesBollywood HungamaTiger Shroff Shooting Incident: Mumbai Police register FIR against 3 unknown accused, form 15 teams to trace shootersESPNPackers use third-down conversions, takeaways to frustrate struggling CowboysESPN DeportesWatson y Browns escapan con la victoria divisional한겨레12년 만의 남북 탁구 대결, 이번에도 박홍규가 웃었다RapplerLazaro summons China ambassador Jing, says it’s not his place to taunt PH officialsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارماذا بعد ميزان المنازلة الأخيرة بين السّلطة و"حزب الله"؟The South AfricanDa Cruz calls for unity after Kaizer Chiefs’ loss in Zambia
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

2 beranak maut kereta dihempap kontena terbalik di Sepanggar

Translate

Dua beranak maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah kontena yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan Sepanggar Bay, berhampiran Wisma Sabah Ports malam tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan serba guna (MPV), Mohd Jadi Pelbi, 53, bersama dengan anak perempuannya yang berada di tempat duduk penumpang Norfaieza Mohd Jadi, 24.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Sabah memaklumkan menurut keterangan saksi, lori treler berkenaan sedang menjalankan kerja menaikkan sebuah kontena di tepi jalan utama ke atas treler.

“Ia hilang keseimbangan lalu terbalik menghempap kenderaan mangsa yang sedang melalui jalan berkenaan.

“Sebanyak 26 anggota bersama pelbagai jentera bergegas ke lokasi kejadian sejauh 25km sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.31 petang,” menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi itu.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa yang tersepit di dalam kereta itu memerlukan bantuan dua buah kren daripada syarikat lori terbabit yang tiba di tapak kejadian pada 9.21 malam bagi mengangkat muatan kontena berkenaan.

Pasukan penyelamat kemudian bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan pemotong hidraulik khas sejurus bebanan kontena dialihkan daripada kenderaan terbabit.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi sebelum mayat dua beranak itu diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut serta urusan bedah siasat.

Operasi menyelamat yang turut dibantu 17 anggota polis ditamatkan sepenuhnya pada 10.30 malam selepas keadaan di kawasan perindustrian itu disahkan selamat daripada sebarang bahaya lain.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustafa Sakmud berkata pihak yang didapati cuai dan gagal mematuhi piawaian keselamatan pengendalian kontena sehingga mengorbankan dua beranak di Jalan Sepanggar petang semalam itu, akan dipertanggungjawabkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menggesa polis dan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar insiden maut itu, khususnya membabitkan tatacara keselamatan operasi kenderaan berat di kawasan berkenaan.

“Jika ada elemen cuai dan ‘non-compliance’ yang melibatkan mana-mana pihak, saya akan pastikan mereka yang terlibat dipertanggungjawabkan kerana cukuplah insiden kemalangan melibatkan kenderaan berat ini berulang di Sepanggar.

“Sebagai seorang ayah, luluh hati saya menerima perkhabaran mengenai tragedi menyayat hati ini dan keutamaan kita adalah memastikan keluarga mangsa mendapat pembelaan serta sokongan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mustafa turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Bagi membela nasib waris terjejas, beliau mengarahkan Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar (Suara Sepanggar) menziarahi keluarga mangsa bagi mengenal pasti keperluan mendesak di samping membantu menyemak serta menguruskan sebarang bentuk bantuan dan pampasan yang layak diterima.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.