ESPN DeportesPumas deja escapar dos goles de ventaja y Cruz Azul rescata el empatePunchWhy I embraced legal practice after 34 years in police — Ex-DIG MbaESPNFalcons QB Penix (rib) exits loss late, doesn't expect injury to be long termThe Jerusalem PostNetanyahu's election strategy may hinge on 55 seats, rather than a 61-seat majority - analysisRTP DesportoI Liga. Águias somam e seguem na LuzInquirerP817M unexplained wealth report did not include Sara Duterte’s recordsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRTL BoulevardApps en sites van Albert Heijn, Etos en Gall & Gall uit de lucht na 'IT-incident'The Sydney Morning HeraldLike every millennial, Powderfinger’s comeback is my kinda scene경향신문하이트진로·기린, 20년 동행 결실 “아시아 최초 라이선스 국내 생산”CNN بالعربيةأول تعليق و"اعتذار" من ساويرس بشأن هجوم الحوثيين على مطار الرياضVanguardDollar to Naira exchange rate today, October 12, 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

SKMM komited pastikan inisiatif digital dalam Belanjawan 2027 beri manfaat nyata

Translate

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) komited memastikan setiap inisiatif diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dilaksanakan dengan berkesan dan diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, industri serta negara.

Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 itu memaklumkan setiap inisiatif tersebut diyakini akan terus memacu pembangunan ekonomi digital serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara digital berdaya saing.

“Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah peruntukan RM5 bilion bagi Jalinan Digital Negara untuk memperluas liputan internet berkualiti tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk perkampungan Orang Asli.

“Peruntukan itu turut meliputi peningkatan kesalinghubungan merentasi 7,000km jalan raya dan lebuh raya serta 1,700km laluan rel di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, RM1 bilion diperuntukkan bagi memperkasa ekosistem kesihatan digital negara menerusi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara.

Inisiatif itu akan meningkatkan infrastruktur dan kesalinghubungan digital sektor kesihatan, termasuk menyokong peluasan Sistem Rekod Perubatan Elektronik, telekesihatan serta penggunaan dron bagi penghantaran ubat, sekali gus menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sebanyak RM142 juta pula diperuntukkan bagi memperkasakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional sebagai hab komuniti digital melalui latihan kemahiran digital dan kecerdasan buatan (AI), selain menyokong pembangunan ekonomi serta keusahawanan setempat.

Jelasnya, pembangunan Sistem Kabel Dasar Laut Madani akan meningkatkan kapasiti dan daya tahan rangkaian antara Semenanjung, Sabah serta Sarawak bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital lebih inklusif dan mampan.

Dalam sektor pendidikan, penyediaan Wi-Fi di semua institusi pendidikan tinggi awam akan memperluas akses internet kepada pelajar, selain menyokong pembelajaran digital dan pembangunan bakat masa depan.

Bagi memperkukuh keselamatan digital, pembangunan Sovereign AI Cloud dan usaha meningkatkan keselamatan siber negara akan memfokuskan kedaulatan data, pembangunan AI selamat serta daya tahan ekosistem digital.

SKMM juga akan terus memperhebat Kempen Internet Selamat di sekolah seluruh negara dan membanteras penipuan digital, termasuk menerusi tindakan menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas berunsur penipuan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.