ESPNBrewers take 2-0 World Series lead! Takeaways from Milwaukee's Game 2 winESPN DeportesBrewers completó la voltereta y se va a Tampa 2-0, así lo vivimosThe Jerusalem PostTehran threatens strikes on energy, civilian targets, and nuclear escalation if attackedRai NewsF1, GP Stati Uniti: Antonelli vola in pole, il sogno iridato è a un passo: "Voglio vincere"PunchTope Alabi threatens legal action over Toluwanisings’ death claims한겨레삼성, 하반기 공채 직무적성검사 실시…‘4대그룹 유일 공채’InquirerFishermen rescue 16 as boat sinks off BoholSouth China Morning PostGulf economies accelerate diversification as recession looms over Iran warZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerHow Manny Pacquiao impacted UFC’s Aaron Pico경향신문가을 집단장, 색부터 바꿔볼까…풍수로 고르는 인테리어 컬러Screen RantDC Shares Wild New Green Lantern Design
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Aubrey Suwito jadi figura utama OSK selepas 30 tahun di belakang tabir

Translate

Selepas lebih tiga dekad menghasilkan lagu popular untuk penyanyi tempatan, Aubrey Suwito akhirnya diraikan sebagai figura utama persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Aubrey Suwito

Aubrey Suwito.

Komposer berusia 60 tahun itu mencipta sejarah sebagai komposer tempatan pertama menerima penghormatan tersebut menerusi konsert OSK with Aubrey Suwito: Pop Meets Symphony di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 2 dan 3 Okt lalu.

Sebanyak 16 karya ciptaannya termasuk Gemilang, Seribu Impian, Memori Tercipta, Gemuruh dan Lebih Indah, dipersembahkan semula dalam susunan muzik simfoni.

Aubrey berkata, pada mulanya sukar mempercayai pemilihan itu, namun menganggapnya sebagai pengiktirafan bukan sahaja kepada dirinya, malah komposer dan tenaga kreatif yang selama ini bekerja di belakang tabir.

“Soalan pertama saya, betul ke?” katanya kepada FMT.

Katanya, penghormatan itu lebih bermakna kerana bukan sahaja mengangkat penyanyi yang berada di hadapan pentas, malah memberi pengiktirafan kepada komposer serta tenaga kreatif yang selama ini bekerja di belakang tabir.

“Saya rasa bangga kerana bukan saja orang di hadapan pentas diraikan, tetapi juga orang belakang tabir,” katanya.

“Penghormatan ini bukan sekadar meraikan perjalanan seni saya, malah simbol penghargaan kepada ramai komposer, penggubah muzik dan penerbit yang selama ini menyumbang kepada industri tanpa banyak menerima sorotan,” katanya.

Penerima 26 Anugerah Industri Muzik (AIM) itu berkata, susunan muzik untuk konsert berkenaan mengambil masa hampir tiga bulan untuk disiapkan, dengan setiap lagu memerlukan empat hingga enam hari kerja.

Katanya, pengalaman dan latihan berterusan penting dalam membentuk kemahiran seseorang pemuzik, sama seperti juruterbang yang perlu mengumpul ribuan jam penerbangan.

Aubrey yang pernah bekerjasama dengan Siti Nurhaliza, David Foster dan Brian McKnight serta merupakan graduan Berklee College of Music, kini turut berminat meneroka muzik tradisional.

Shiha Zikir

Shiha Zikir.

Konsert itu turut memperkenalkan lagu baharunya, Jodoh, nyanyian Shiha Zikir dipersembahkan buat kali pertama kepada penonton.

“Harapan saya, muzik pop, simfoni dan tradisional tidak lagi dilihat berasingan, tetapi berkembang sebagai satu landskap muzik yang saling melengkapi,” katanya.

Mohd Fairuz Tauhid

Mohd Fairuz Tauhid.

Sementara itu, pengarah persembahan Mohd Fairuz Tauhid atau Cikgu Fee berkata konsert tersebut memberinya peluang mengenali sisi Aubrey yang selama ini hanya dikenali menerusi karya ciptaannya.

Katanya, Aubrey bukan sahaja komposer berpengalaman malah tidak lokek berkongsi idea sepanjang sesi perbincangan serta latihan.

“Cabaran terbesar bukanlah menghasilkan sebuah persembahan simfoni, sebaliknya mencari keseimbangan antara muzik pop yang dekat dengan masyarakat dan orkestra yang sering dianggap eksklusif,” katanya yang kali pertama bekerjasama dengan OSK menerusi persembahan itu.

Penyanyi Syamel dan Ernie Zakri pula menyifatkan pemilihan Aubrey sebagai pengiktirafan yang wajar terhadap sumbangannya kepada industri muzik tempatan.

Bagi Shiha, kepercayaan diberikan untuk menyampaikan lagu baharu itu bukan sekadar penampilan khas malah penghormatan besar apabila dipilih oleh komposer tersohor.

“Saya memang berharap sangat dapat bekerjasama dengan Aubrey kerana setiap lagu dihasilkannya ada semangat dan jiwa tersendiri,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.