PunchJAMB will now handle all HND admissions in polytechnics — NBTECNN Türk13 EYLÜL YAYIN AKIŞI: Bugün televizyonda hangi diziler, filmler, programlar var?The Jerusalem PostIDF warns of rising West Bank tensions despite low terror levels, pushes for preventive operationsInquirerMaguindanao Sur officials turn over loose guns yielded by constituentsESPNTransfer rumors, news: Liverpool look at Inter's Stankovicוואלהדיווחים ברשתות האיראניות: כלי שיט נפגע מירי בסמוך לאי קשםSouth China Morning PostBangladesh draws closer to China in ‘political chessboard’ to balance India tiesCollider‘Landman’ Star Billy Bob Thornton’s Twisted Crime Thriller Is Officially Streaming for FreeCumhuriyetMeksika’da kartellerin yeni yöntemi: Gizli kripto para çiftlikleriRappler[Tech Thoughts] The Jurassic Parkification of AI chatbotsThe Hollywood Reporter‘Look Back’ Breakouts Furi Nanase and Rokka Okada on Growing Up on a Hirokazu Koreeda SetHipertextualLa nueva IA de IBM y la NASA es de código abierto y promete revolucionar la exploración lunar
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Kekalkan doktor kerajaan jadi keutamaan presiden baharu MMA

Translate

Presiden Terpilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr L Sivanaesan dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Dr R Thirunavukarasu yang menamatkan penggalnya mulai hari ini.

Beliau pernah memegang jawatan pengerusi MMA Selangor, timbalan setiausaha kehormat MMA selama dua penggal serta pengerusi Bahagian Pengamal Perubatan Swasta Kebangsaan.

Dalam ucapan pada majlis makan malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) 2026 malam tadi, Sivanaesan berkata, mengekalkan doktor dalam sistem kesihatan awam menjadi keutamaannya ketika negara berdepan peningkatan tuntutan perkhidmatan kesihatan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor berkenaan.

“Untuk melatih seorang doktor mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan pelaburan yang besar.

“Apabila doktor berpengalaman meninggalkan sistem kesihatan awam, kita bukan sekadar kehilangan tenaga kerja, malah kehilangan petugas yang berpengalaman, kepakaran dan kesinambungan rawatan kepada pesakit,” katanya.

Sivanaesan berkata, untuk mengekalkan doktor tidak boleh ditangani hanya dengan menambah jumlah graduan perubatan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kemajuan kerjaya, persekitaran kerja, pembangunan profesional serta prospek jangka panjang.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.