Daily MaverickClimate change likely to have helped trigger Nepal glacier collapse, scientists sayInquirerLahar threat from Kanlaon forces evacuationsוואלהרוכב אופנוע בן 24 במצב קשה בעקבות תאונת דרכים בנתניהESPN DeportesMessi guía al Inter Miami al título ante Cruz AzulPunchNigeria raises N748.6bn from FGN bonds as rates easeThe Jerusalem PostUS denies Abbas visa as UN weighs remote participation한겨레한국애브비, 국내 바이오텍과 공동연구·기술이전 협력 모색 [건강한겨레]VanguardConcession dispute: Police lockdown King’s CollegeStraits Times SportOlympic skateboarder Aoki referred to prosecutors over marijuana possessionسكاي نيوز عربيةالمركزي الإماراتي يرفع سعر الأساس بواقع 0.25%BBC NewsEd Sheeran asked me to donate $2m in aid, Robert Kraft says after Macklemore backlashThe Indian ExpressPM Modi to inaugurate Semicon India 2026: A look at India’s renewed semiconductor focus
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Peguam dakwa kerajaan N Sembilan buat ‘rampasan kuasa’, ancam tindakan hina mahkamah

Translate

Peguam Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mendakwa kerajaan Negeri Sembilan melakukan ‘rampasan kuasa’ dengan mengisytiharkan baginda dilucutkan jawatan Yang Dipertuan Besar dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai pemerintah baharu.

Dalam surat kepada pihak terbabit, peguam daripada Halim & Ismail berkata anak guam mereka ‘terkejut’ dengan pengumuman ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) itu dan menegaskan bahawa badan berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa, kuasa atau autoriti untuk membuat pengisytiharan sedemikian.

Mereka menyifatkan pengumuman itu sebagai tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang.

“Anak guam kami berpandangan bahawa tindakan anda mengeluarkan pengumuman itu bertujuan menggugat kuasa eksekutif Tuanku Muhriz… dan seterusnya bertujuan menggulingkan serta menurunkan takhta,” kata peguam berkenaan.

Mereka turut menyifatkan tindakan itu sebagai ‘menyamai rampasan kuasa dan perbuatan menderhaka’ yang boleh dihukum mengikut Kanun Keseksaan serta undang-undang lain.

Peguam itu juga mendakwa pengumuman berkenaan melanggar perintah injunksi interim yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 5 Jun.

Mereka berkata perintah berkenaan antara sebab mahkamah memberikan kebenaran pada 8 Julai untuk prosiding menghina mahkamah dimulakan.

“Anak guam kami bercadang memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap anda atas pelanggaran perintah injunksi seperti dinyatakan di atas,” kata mereka.

Surat itu dikeluarkan sehari selepas exco Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa proklamasi melucutkan jawatan Tuanku Muhriz adalah sah dan Tuanku Nadzaruddin ialah Yang Dipertuan Besar yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Exco berkata proklamasi bertarikh 19 April untuk melucutkan jawatan Tuanku Muhriz mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan telah ditandatangani dan dimeterai oleh Undang Yang Empat yang sah.

Ia turut berkata proklamasi itu ditandatangani Ismail pada 3 Ogos, sekali gus melengkapkan proses mengikut Perkara 10(2).

Peguam itu turut mempersoalkan sama ada Ismail menyokong kenyataan terbaharu exco berkenaan, sambil menyatakan ia hanya ditandatangani atas nama ‘barisan ahli exco Negeri Sembilan’.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.