PunchBritish tennis star receives death threats after defeatThe Jerusalem Post'Turn that inshallah into alhamdulillah': Democrat El-Sayed wins Michigan US Senate raceDaily MaverickUS MIDTERMS: Democrats capture Congress in sweeping setback for TrumpInquirerJunk shop workers find suspected explosive in Sultan KudaratSky TG24Attacco hacker ai supermercati in Europa, quali Paesi sono stati colpiti e come è successoBollywood Hungama‘Baby Doll’ singer Kanika Kapoor announces separation from husband Gautam HathiramaniInquirer EntertainmentAhn Bo-hyun falls in love with a royal in new period drama ‘Sacred Jewel’CNN TürkNASA astronotları ABD ara seçimleri için uzayda oy kullandıZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioAntara NewsMinister orders impact assessment of Mount Semeru's volcanic mudflows01netQuand Starlink se prend pour Hadopi : cet abonné a reçu un avertissement pour avoir téléchargé une série sur un site pirateObservador DesportoQuatro casos de tuberculose em Câmara de Lobos na Madeira
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Pembangunan bandar mesti utamakan rakyat, kata Anwar

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pembangunan bandar mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya golongan miskin dan rentan, bukan sekadar memberi tumpuan kepada bangunan moden dan infrastruktur.

“Apabila kita bercakap mengenai perancangan fizikal dan bandar, kita sebenarnya bercakap tentang kehidupan dan kemanusiaan,” katanya ketika melancarkan Rancangan Fizikal Negara Kelima dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh.

Anwar berkata pembangunan bandar juga perlu berteraskan nilai moral, sifat ihsan dan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup golongan kurang bernasib baik.

Beliau mengimbas lawatannya ke sebuah penempatan yang menyaksikan penduduk berdepan keadaan hidup serba kekurangan, sambil berkata situasi itu menjadi peringatan mengenai tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat.

“Yang sama penting ialah kebajikan rakyat, dan ini bukan hanya melibatkan golongan elit tetapi juga mereka yang berada di bawah,” katanya.

Beliau turut berkata perancangan bandar perlu memberi lebih perhatian kepada perumahan awam, gerai penjaja, kawasan hijau dan kemudahan asas.

Menurut Anwar, kira-kira 80% rakyat mengunjungi gerai, warung dan restoran kecil, namun kemudahan seperti itu masih kurang diberi perhatian.

Katanya, kejayaan pelan pembangunan bandar perlu dinilai berdasarkan sejauh mana ia dilaksanakan dengan berkesan serta sama ada ia benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.

“Perancangan hanyalah permulaan. Ukurannya terletak pada pelaksanaannya,” katanya.

Anwar berkata Malaysia juga perlu terus mengikuti kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan dan teknologi digital, bagi memastikan negara kekal berdaya saing.

Namun, beliau menegaskan kemajuan teknologi tidak seharusnya mengorbankan nilai moral, kemanusiaan dan kebajikan rakyat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.