The Jerusalem PostField trip tragedy shows Israel needs answers, not a blame game - editorialInquirerFrom 4 to 1: Impeachment court OKs reduced raps vs Sara DuterteESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a GuardiansESPN'Adamant' Ohtani will be in Dodgers' Game 3 NLCS lineup, Roberts saysDaily MaverickSTUDENT SUPPORT: From AI tutors to maths clubs, learners find new routes to exam support한겨레부마민주항쟁 민간기록물 수집 공모전…11월20일까지CNN TürkHalk TV'ye kayyum atandı: Ekipler binada arama yapılıyorSky TG24Grecia, ambasciatrice Usa Guilfoyle si dimette ma respinge le accuse: “Sono false”Business AMVerenigde Staten gaan nieuw gevechtsvliegtuig F-47 ontwerpen voor toekomstige conflicten met China in de Stille OceaanThe RegisterRansomware gets personal: 'We-know-where-you-are kind of stuff'경향신문‘출근 지옥철’ 9호선 급행 운행 늘린다···주요 정류소만 서는 ‘간선 급행버스’ 도입ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Bank Negara, SC beri amaran video palsu menyamar pegawai kanan

Translate

Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai video ‘deepfake’ atau palsu yang mendakwa sebagai pihak pengurusan kanan mereka untuk mempromosikan skim pelaburan persendirian dan produk kewangan.

BNM dalam kenyataan memaklumkan orang ramai perlu melaporkan kandungan yang mencurigakan kepada platform media sosial yang berkaitan atau kepada BNM atau SC bagi membantu membendung penyebarannya.

Menurutnya mereka boleh melayari laman web rasmi bank pusat iaitu bnm.gov.my/sahkan untuk melihat contoh kandungan ‘deepfake’ dan penyamaran yang menggunakan nama atau identiti BNM.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM atau Senarai Amaran Pelabur SC untuk mengetahui sama ada entiti atau skim itu telah dikenal pasti atau diketengahkan sebagai amaran oleh pihak berkuasa.

“Sahkan sama ada entiti tersebut dibenarkan untuk menawarkan produk kewangan atau pelaburan melalui BNMLINK atau laman sesawang Semak Sebelum Labur SC,” menurut kenyataan itu.

Bank pusat turut menggalakkan orang ramai untuk mengikuti laman Facebook Amaran Scam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penipuan serta tip untuk mengelakkannya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.