The Jerusalem PostTrump dismisses report China entities helped Iran before attack that killed US troopsESPNWeek 1 winners and losers: Caleb Williams, Josh Allen shine; Ja'Marr Chase disappointsDaily MaverickTrump says he is removing U.S. tariffs on Irish whiskeyESPN DeportesWilliams vuelve a aparecer para Dallas y el partido entra en ebulliciónוואלהאינדונזיה: 129 בני אדם עדיין נעדרים לאחר שספינת נוסעים התהפכהEl ComercioSinuano EN VIVO hoy: Números ganadores del domingo 13 de septiembreNew Straits Times#HEALTH: Less water, more kidney stonesMintDelhi on IMD's alert as city braces for rainy season's last few wet spells — monsoon to withdraw soonThe Japan TimesGroup lending cars for free to disaster victims struggles to meet demandRapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary electionsSoompiStray Kids’ Han Makes Meaningful Birthday DonationWirtualna PolskaKorea Północna pręży muskuły. Reżim pochwalił się pociskami
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 14, 2026

Apabila belas ihsan mengatasi konfrontasi

Translate

Dengan hubungan kaum berada pada tahap kritikal di Malaysia, media massa bersama pertubuhan masyarakat memikul peranan penting untuk melangkaui konfrontasi, Pengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez.

Berucap pada forum awam berkait media sosial dan anak muda, beliau berkata “semua orang bercakap mengenai agama, tetapi tiada siapa yang bercakap mengenai kasih sayang, belas ihsan, dan kebaikan. Semuanya bersifat konfrontasi. Bagaimana kita boleh bercakap mengenai agama dan konfrontasi dalam nafas yang sama?”

Proses ke arah mengatasi konfrontasi itu mestilah bermula dahulu di bilik berita. “Konflik menjadi sebahagian berita. Tetapi, ia tidak sepatutnya menjadi satu-satunya berita,” katanya pada Persidangan Komuniti Muslim Baharu semalam.

Rasa hormat mahu dipupuk oleh pertubuhan berita dalam kalangan rakyat Malaysia mestilah diamalkan dahulu oleh wartawan menghasilkan berita berkenaan. “Pelaporan yang lebih baik mengenai isu kaum dan agama bermula daripada budaya kita sendiri (di pejabat). Bagaimana kita melayan satu sama lain, bagaimana kita membuat keputusan penyuntingan, dan sama ada kita menerapkan piawaian sama kepada semua orang.”

Fernandez berkata, atas sebab itulah beliau lebih percaya kepada konsep rasa hormat berbanding sekadar bertoleransi dengan pihak berbeza. “Toleransi boleh membawa maksud cukup melayan sahaja dengan orang yang kita tidak setuju, namun rasa hormat memerlukan sesuatu lebih daripada itu – usaha untuk memahami, berinteraksi secara adil, serta mengiktiraf martabat orang lain.”

Kehadiran tenaga kerja daripada pelbagai latar belakang yang bekerja bersama di bilik berita juga cukup penting, kerana seorang wartawan mungkin menyedari sensitiviti agama atau budaya yang terlepas pandang rakan sejawatnya, mempersoal gambaran yang boleh tercetus kerana tajuk berita, atau mengenal pasti kekurangan konteks.

Sesi panel bertajuk ‘The Digital Battlefield, social media and the young generation’ pada Persidangan Komuniti Muslim Baharu.

Apabila kaum bukan penghalang

Fernandez turut berkongsi satu peristiwa yang menjadi bukti apa sebenarnya mampu dicapai rakyat Malaysia apabila sikap belas ihsan mengatasi perbezaan kaum.

Seorang wanita pertengahan umur melangkah masuk ke pejabat sambil menangis teresak-esak untuk memohon bantuan bagi mengumpul dana buat seorang kanak-kanak perempuan menderita kekejangan otot yang teruk dan menyakitkan, katanya.

Dalam beberapa jam sahaja selepas FMT menyiarkan laporan mengenai kanak-kanak itu, Diya Amanda, pembaca menyumbang RM150,000, manakala usaha pengumpulan dana yang lebih luas akhirnya berjaya membolehkan pembedahannya dijalankan.

“Wanita daripada NGO yang datang ini merayu di pejabat saya itu orang Cina,” Fernandez mengimbau. “Wartawan dan penyunting kanan yang saya tugaskan untuk menulis kisah itu berbangsa India. Kanak-kanak perempuan itu dan keluarganya pula orang Melayu. Namun, semua itu sedikit pun tidak menjadi masalah langsung kepada kami.”

Baginya, perkara sedemikian tidak menjadi halangan kepada rakyat Malaysia untuk tampil menghulurkan bantuan. “Bagi saya, ini mencerminkan perpaduan kukuh yang sememangnya wujud di negara kita.”

Fernandez berkata, kisah Diya Amanda paparan “nilai memiliki platform yang kuat serta pembaca yang mempercayai kita, bukan sahaja pada jumlah pembaca yang mengikuti kisah berkenaan, malah menjurus keupayaan berita itu menggerakkan masyarakat untuk bertindak.”

Ia juga menjadi pemangkin bahawa kewartawanan mampu menjadi sebahagian proses penyembuhan ini, bukan dengan menafikan jurang pemisah atau isu sensitif, tetapi memastikan perkara sedemikian tidak menjadi satu-satunya naratif mahu diceritakan oleh rakyat Malaysia mengenai satu sama lain.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.