ESPN DeportesSigue el castigo a Giants en Los AngelesESPNSources: Cubs' Bregman has facial fractures, hopeful for postseasonThe Jerusalem PostTexas Gov. Abbott freezes environmental permits for AI data centers in expanding state power auditוואלהמועצת השלום: על הצדדים להימנע מצעדים שעלולים לערער את הפסקת האש בעזהPunchNigeria records W’Africa’s first telerobotic surgery across 500km한겨레[속보] 대검 신임 차장에 이정현 수원고검장…검찰총장 직무대행Daily MaverickLula and Bolsonaro statistically tied in potential Brazil runoff, polls suggestUOLCorinthians elimina o Bahia e avança à 10ª final consecutiva do Brasileiro FemininoThe Sydney Morning HeraldAustralia news LIVE: PM launches UN Security Council bid, calls for international safeguards on AI; US TV networks refuse to cover Trump press events after White House media banEl Comercio¿Qué se sabe de la presencia del Señor de los Milagros durante la visita del papa León XIV al Perú?النهارتعيينات في المؤسسة الوطنية للاستخدامNew Straits TimesTiger attack claims Orang Asli man's life in Sungai Siput
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

4 kerajaan negeri disaran melabur dalam ekopelancongan sebagai alternatif pembalakan

Translate

Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak perlu mempertimbangkan pelaburan jangka panjang seperti ekopelancongan bagi memelihara hutan negara, berbanding keuntungan jangka pendek daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan, menurut penyokong pemuliharaan alam sekitar.

Presiden Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia, Andrew Sebastian, berkata empat negeri berkenaan mempunyai banyak potensi dari segi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan perlu membangunkan pelan perniagaan bagi memanfaatkan aset semula jadi.

Katanya, kepentingan memelihara hutan bukan hanya terhad kepada potensi dalam sektor pelancongan, sebaliknya turut melibatkan kesan alam sekitar dan ekonomi akibat kehilangan hutan.

“Kehilangan hutan, khususnya di Kelantan, boleh menyebabkan tanah runtuh, gangguan bekalan air dan banjir,” katanya kepada FMT, dan menambah ia juga boleh meningkatkan risiko kemarau dan konflik antara manusia dan hidupan liar, selain mengancam biodiversiti.

Pada Februari tahun lalu, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man, berkata Taman Negara menerima 135,435 pengunjung pada 2024, angka tertinggi pernah direkodkan, dan meningkat daripada 128,592 pada 2023.

Kamaruddin Ibrahim, yang ketika itu merupakan pengurus besar Tourism Pahang, berkata rakyat Singapura menyumbang lebih 60% daripada pelancong antarabangsa yang melawat Pahang dan mereka menunjukkan minat khusus terhadap produk pelancongan berasaskan alam semula jadi dan ekopelancongan.

Sebelum ini, Pahang pada 27 Ogos menolak Seksyen 11 dan 12 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022. Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak turut menolak peruntukan sama, sebelum itu.

Peruntukan itu mewajibkan siasatan awam sebelum tanah dikeluarkan daripada hutan simpan kekal, dan mewartakan tanah gantian yang sama luas atau lebih luas. Keempat-empat negeri itu merangkumi 69.3% daripada hutan simpan kekal yang diwartakan di Semenanjung.

Perlis, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan menerima Seksyen 11 dan 12 akta berkenaan.

Walaupun komuniti terjejas boleh memohon injunksi, semakan kehakiman dan remedi undang-undang lain, Sebastian berkata campur tangan undang-undang mungkin hanya berlaku selepas kerosakan sudah berlaku.

Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meenakshi Raman, berkata tanggungjawab terletak pada Adun untuk meneliti sebarang cadangan bagi menyahwartakan kawasan yang ditetapkan sebagai hutan simpan.

“Kerajaan negeri sudah mempunyai kuasa untuk menyahwartakan hutan simpan tanpa memaklumkan kepada orang awam, tanpa perbincangan menyeluruh,” katanya kepada FMT. “Ia merupakan proses membuat keputusan tanpa ketelusan yang mencukupi.”

Beliau mencadangkan sebarang langkah untuk menyahwartakan hutan simpan dirujuk ke Majlis Tanah Negara.

Majlis itu merangka dasar negara bagi menggalakkan, mengawal dan menyeragamkan penggunaan tanah di seluruh Semenanjung.

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa Pahang sudah mempunyai syarat dan prosedur sendiri yang mengawal proses penyahwartaan hutan simpan.

Bagaimanapun, Sebastian berkata prosedur negeri tidak setara dengan perlindungan yang ditetapkan melalui undang-undang yang orang awam boleh jadikan sandaran, manakala Meenakshi berkata penjelasan itu tidak menjawab mengapa Pahang menolak dua peruntukan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Ahmad Ismail, berkata keputusan berkaitan penyahwartaan perlu mengambil kira fungsi yang dimainkan hutan, termasuk mengurangkan risiko banjir, membekalkan air, memelihara biodiversiti dan habitat hidupan liar.

Beliau menggesa kajian terperinci melibatkan agensi yang bertanggungjawab ke atas perhutanan, hidupan liar, pertanian, saliran dan pengairan, perikanan serta bekalan air dijalankan sebelum sebarang penyahwartaan dilakukan.

Ahmad berkata sebarang potensi pulangan ekonomi perlu dinilai berbanding kesan alam sekitar, ekonomi dan kemanusiaan akibat kehilangan hutan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.