PunchTinubu pledges 50,000 hostel beds in federal tertiary institutionsDaily MaverickHIGH-STAKES SEAS : As COP31 sounds climate warnings, SA’s coastal communities fight to surviveInquirer EntertainmentWATCH: Bea Millan-Windorski highlights Cordilleras in Miss Universe national costumeCNN TürkKONYASPOR BEŞİKTAŞ MAÇI NE ZAMAN? Tümosan Konyaspor Beşiktaş maçı saat kaçta, hangi kanalda? Muhtemel 11'lerThe Jerusalem PostWhere do Iraq's oil smuggling problems originate, and how are they working to stop them? - analysisBollywood HungamaDharma Productions and Dopamine Studios announce new monster thriller Kaaliya starring Kartik Aaryan, set to release on May 5, 2028InquirerLTO suspends vlogger’s driver’s license over alleged traffic violations한겨레프로축구 2부 수원의 날…수원 삼성과 수원FC 나란히 1부 리그 승격RTL BoulevardJohan Derksen stelt harde voorwaarde aan doorgaan met Vandaag InsideZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioColliderMatt Damon’s $630M Sci-Fi Masterpiece Officially Reaches a Major Streaming MilestoneSözcüPendik'te doğalgaz sızıntısı iddiası: Bina boşaltıldı, 16 kişi hastaneye başvurdu
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

PKR, DAP, PBDS runding letak calon ikut kekuatan jentera, sokongan setempat

Translate

Rundingan pembahagian kerusi antara PKR, DAP, dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi menghadapi PRN Sarawak bukan sahaja untuk mengelak pertembungan, malah ambil kira kesediaan calon, kekuatan jentera, dan sokongan pengundi setempat.

Ketua PKR Sarawak Mahmud Epah, berkata faktor berkenaan menjadi pertimbangan utama dalam menentukan parti yang paling bersedia meletakkan calon di sesuatu kawasan.

“Ini bukan bertukar tempat semata-mata, tetapi mengambil kira petunjuk-petunjuk tadi bagi menentukan calon daripada parti mana yang ditempatkan untuk satu-satu kerusi itu. Jika tidak, segala usaha akan menjadi sia-sia sahaja,” katanya kepada Bernama.

Mahmud berkata, rundingan antara tiga parti itu setakat ini berjalan lancar dengan matlamat utama mengelakkan pertembungan sesama mereka pada PRN13.

Namun, beliau menjelaskan perbincangan belum menjurus kepada pembentukan sebarang kerjasama politik secara formal.

“Setakat ini tiada perbincangan serius mengenai kerjasama secara formal dalam PRN13. Perbincangan adalah untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata, PKR belum dapat mendedahkan kerusi yang bakal ditandingi bagi menghormati proses rundingan dengan parti lain, tetapi perkara itu dijangka diketahui selepas 25 Nov.

Mengulas kemungkinan bertanding, Mahmud berkata tumpuannya ketika ini lebih pada pengurusan dan persiapan parti menghadapi PRN13.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sekiranya diminta pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Roland Engan dilaporkan berkata parti itu merancang mengumumkan calon pada 25 Nov selepas rundingan pembahagian kerusi bersama DAP dan PBDS dimuktamadkan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.