ESPN DeportesChivas y Santos lucen más peligrosos, pero persiste el empatePunchNDLEA arrests businessman with N23m cocaine at Lagos airportThe Jerusalem PostEisenkot's Yashar unveils plan to support new olim integrating into IsraelESPNTexas native Miller agrees to deal with Cowboysוואלהנתוני חברת מעקב ימי: התנועה בהורמוז הואטה בעקבות תקיפת מיכליות한겨레카드사들, 재개장 홈플러스에 대금 지급 정상화InquirerSolon urges higher education stakeholders to tackle students’ use of AIUOL'Jiraya' responsável por venda de anabolizantes é preso no Paraguaiالنهارقانون الإعلام الجديد في لبنان... هل يبصر النور بصيغته الحالية؟Antara NewsMinisters combine Independence Day duties with NTT quake responseRapplerOmbudsman sharpens probers skills to keep pace with evolving corruptionSportstarEuropean Athletics Championships 2026 — Amy Hunt wins record fourth gold; Duplantis takes title again
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, August 17, 2026

Imigresen tahan 20 warga asing, lumpuh sindiket lerai kenderaan di Klang

Translate

Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket meleraikan dan menjual kenderaan yang didalangi warga asing menerusi penahanan 20 suspek dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kapar, Klang, Rabu lalu.

Dalam kenyataan, imigresen memaklumkan operasi pada 4.30 petang itu disertai 24 pegawai dan anggota, dengan penahanan 17 lelaki warga Pakistan serta dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.

“Siasatan awal mendapati sindiket yang didalangi warga Pakistan berkenaan aktif meleraikan dan menjual komponen kenderaan lusuh, termasuk dipercayai terbabit dalam kes kehilangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik syarikat pengurusan jenazah di Kapar, baru-baru ini.

“Selain itu, serbuan berkenaan turut merungkai peranan warga Indonesia yang ditahan dalam menguruskan perkhidmatan transit bagi pendatang asing yang menunggu masa untuk pulang ke negara asal,” katanya.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan ‘rumah penampungan’ haram berkenaan dipercayai mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap pendatang asing.

Semua individu terbabit kini ditempatkan di Depot Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Dalam pada itu, jabatan itu berkata pihaknya memandang serius penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah terancang yang boleh menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

“Imigresen akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing serta rangkaian sindiket yang terlibat.

“Langkah susulan dan pemantauan berterusan akan terus diperkemas bagi memastikan tiada lagi aktiviti haram seumpama itu beroperasi di kawasan sekitar,” katanya.

Sehubungan itu, imigresen memberi amaran bahawa tindakan tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin, selain komited mempertingkatkan operasi di seluruh negara bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.