The Jerusalem PostConman posing as reservist with financial trouble who swindled dozens since start of war arrestedInquirerQuiapo Church unveils logo for Nazareno 2027ESPNSources: Eagles to keep retired Johnson on roster amid O-line changesPunchNDLEA rearrests 83-year-old grandmother with drugs in Abia한겨레소녀 28명 살았던 아동양육시설 ‘수풀원’…“폭행 일삼고, 16살에 가사도우미로 넘겨”UOLPolícia apura possível ataque a premiê e ministro na PolôniaSky TG24Sicurezza sul lavoro, Mattarella: "La tutela è nella Costituzione"Collider'Landman' Star's Fan-Favorite Horror Nightmare Officially Becomes a Must-Watch on HuluBillboardNFL London Game Halftime Show 2026: Here’s Where to Watch Perform Ayra Starr Live Online FreeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudion-tv"Auf Seite des Mörders": Politikerinnen attestieren Trump "moralischen Bankrott"Observador DesportoPortugal anda a fazer acrobacias diplomáticas com Trump?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Kejayaan Belanjawan 2027 bergantung pada pendapatan rakyat, peluang kerja

Translate

Kejayaan Belanjawan 2027 perlu dinilai berdasarkan sejauh mana ia mampu meningkatkan pendapatan rakyat, menyediakan pekerjaan berkualiti dan meringankan kos sara hidup, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar.

Jelasnya, belanjawan berjumlah RM459.8 bilion itu memperlihatkan komitmen perbelanjaan besar, tetapi kenaikan caj perkhidmatan hutang menuntut kecekapan perbelanjaan perlu terus diperkukuhkan.

Daripada RM459.8 bilion yang diperuntukkan itu, sebanyak RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Dengan caj perkhidmatan hutang mencecah RM61 bilion, disiplin fiskal dan kecekapan perbelanjaan perlu terus diperkukuh bagi menjamin kemampuan kewangan negara untuk jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

“Baki RM50.2 bilion yang melibatkan pelaburan entiti berkaitan kerajaan dan kerjasama awam-swasta juga perlu dipantau dengan teliti supaya manfaat ekonomi dan komitmen kewangannya dapat dinilai secara telus.”

Menteri besar Terengganu itu turut menyambut baik bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rakyat (SARA) serta langkah meningkatkan pendapatan pekerja.

“Namun, keutamaan jangka panjang mestilah untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal dan memperkukuh perusahaan tempatan.”

Di bawah Belanjawan 2027, semua penerima STR akan menerima bantuan SARA sehingga RM150 sebulan pada 2027 atau RM1,800 setahun. Langkah ini susulan peningkatan jumlah peruntukan bagi kedua-dua skim itu kepada RM16 bilion bagi 2027 berbanding RM15 bilion sebelumnya.

Kerajaan turut mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bermula Jun 2027, yang akan memanfaatkan lebih empat juta pekerja.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.