וואלהרעידת אדמה בעוצמה 6.12 הורגשה בפפואה גינאה החדשהThe Jerusalem PostThe thought that changes everything - opinionESPNAfter Watson's rough opener, Browns to evaluate QB situation before Week 3Punch2027: Over 6,000 NDC members defect to PDP in EnuguInquirerCalabarzon cleanup hauls 35,105 kilos of coastal wasteUOLQuem protege os brasileiros dos protetores da democracia?3DNewsУчёные нашли способ замедлить остывание электронов в солнечных панелях в 1000 раз — это путь за нынешний предел КПД경향신문‘게리맨더링’보다 더 노골적인 공화당의 꼼수 ‘투표 사막화’The GuardianCeltic v Rangers: Scottish Premiership – liveDaily MailChloe Ferry says she will expose a 'friend' who has sent her 'extremely hurtful and threatening messages on social media'OnetPutin knuje przy granicy Rosji z NATO. "Dąży do stworzenia innej Europy"20 MinutenNach 14-Mio.-Sanierung stürzte Decke ein – und nun Pilzbefall
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

32 kawasan catat IPU tak sihat

Translate

Sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (Apims).

Bacaan tertinggi dicatatkan di IPD Serian (173) di Sarawak, manakala sembilan kawasan lain di negeri itu turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan (168), Kuching (166), Sri Aman (157), Bintulu (155), Miri dan Sibu masing-masing 153, Samalaju (131), Limbang (116) dan ILP Miri (106).

IPU tidak sihat turut dicatatkan di Putrajaya dengan bacaan 161 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (160), Shah Alam, Selangor (157), Seremban, Negeri Sembilan (156), manakala di Johor melibatkan Segamat (156) serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing 155.

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pula merekodkan bacaan 155, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 153, Bandaraya Melaka dan Larkin, Johor masing-masing 152 serta Petaling Jaya, Selangor (151).

Kawasan lain turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (147), Banting, Selangor (132), Port Dickson, Negeri Sembilan (126), Alor Gajah, Melaka (119), Indera Mahkota Kuantan, Pahang (111), Kuala Selangor (108), Klang (107) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (103).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.