Inquirer EntertainmentAsean star treatment: Lea, ‘Lara’ and a life of purposeThe Jerusalem PostChinese FM says call with Rubio was 'positive,' discuss potential trilateral agreement with RussiaInquirerSandigan denies Revilla’s bid to junk malversation casePunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersDaily MaverickDANCE ME TO THE END OF TIME: Moving dance performance explores our connection to the Earth and each otherBollywood HungamaSHOCKING: Amitabh Bachchan's Jalsa at centre of family DISPUTE; sister-in-law Ramola challenges gift deed transferring iconic bungalow to Jaya Bachchan한겨레헤그세스, 국립묘지서 떠들다 혼쭐…병사한테 “정숙하라” 호통 들어ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFالنهاربسبب إيران وغيرها... هل يجني الديموقراطيون على أنفسهم؟The Sydney Morning Herald‘What is the big idea?’ Russian ambassador fights for wife’s right to join social clubCBS NewsAt least 2 killed, 17 hurt in Brooklyn building collapseNHK 社会【動画】Pickup NEWS(11月12日)
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat, Perak menurun

Translate

Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, manakala di Perak mencatatkan penurunan.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri itu seramai 1,484 orang daripada 420 keluarga pagi ini berbanding 1,362 orang daripada 383 keluarga petang semalam.

Di Selangor, jumlah mangsa di tujuh PPS di Kuala Selangor meningkat kepada 1,180 orang daripada 330 keluarga berbanding 1,032 orang daripada 289 keluarga petang semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS baharu dibuka iaitu Kafa Integrasi Hidayah yang menempatkan 81 mangsa dan Dewan Komuniti Penyayang Tanjung Siam dengan 38 mangsa.

PPS SK Dato’ Maharaja Lela menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 426 orang, diikuti SRA Bukit Kuching (287), SK Parit Mahang (259), SA Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (12).

Di Perak, jumlah mangsa banjir di Hilir Perak menurun kepada 304 orang daripada 90 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 330 orang daripada 94 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menempatkan 255 mangsa daripada 75 keluarga, manakala PPS Dewan MPTI Langkap menempatkan 49 mangsa daripada 15 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua sungai di Perak mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Slim di Slim River dengan bacaan 26.18m dan Sungai Kinta di Tanjung Tualang (14.01 m).

Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang (RHN) dan Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah pula masing-masing mencatatkan paras amaran dengan bacaan 22.26m dan 9.08m.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.