CNN TürkHava Durumu (16-10-2026)ESPNDefense comes to Broncos' rescue as Nix, offense strugglePunchDomestic debt servicing gulps N5.28tn in six monthsInquirerOver 16 million Filipinos benefit from BDP projects – NTF-ElcacESPN DeportesSolari: "Si en 15 años no se logró, hay que cambiar las cosas"한겨레“친밀관계 폭력, 가족·지인까지 위협…안전계획에 주변인 포함해야”Bollywood HungamaBREAKING: Jacqueline Fernandez has a hilarious cameo in Yami Gautam Dhar’s Nayyi NavelliDaily MaverickGROUNDED: Madlanga Commission no-show witness nabbed at OR Tambo airport boarding flight out of SAHipertextual‘Street Fighter’ (★★½☆☆) es un festival de acción y fan service que deja a mediasZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFkickerNach dem WM-Rausch: Kann die DBBL den Schwung mitnehmen?Digital SpyPeaky Blinders star Joe Cole's "stunning" near-perfect drama gets intense first trailer
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Bekas CEO didakwa rasuah RM1.56 juta lulus pinjaman RM100 juta

Translate

Seorang bekas CEO sebuah firma pengurusan amanah swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 23 pertuduhan rasuah melibatkan penerimaan RM1.56 juta daripada sebuah syarikat.

Amir Mokhtar, 45, didakwa menerima RM1.56 juta daripada KMDI Harta Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun banknya antara 3 hingga 30 Jun 2022.

Pihak pendakwaan mendakwa wang itu sebagai balasan untuk meluluskan pinjaman RM100 juta. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Seksyen 14.

Amir berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM7.8 juta jika didapati bersalah di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Nasir Nordin membenarkan Amir diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin.

Amir turut diperintahkan menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di pejabat SPRM sekali sebulan.

Mahkamah menetapkan 13 Nov untuk pengurusan kes.

Timbalan pendakwa raya Muaz Ahmad Khairuddin hadir bagi pihak pendakwaan, manakala peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar mewakili tertuduh.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.