The Jerusalem PostUK must expect AI-powered attack on critical infrastructure within two years, report saysInquirerWestern Visayas schools suspend classes due to 43°C heat index한겨레‘조작기소 특검법’ 4일 법사위 처리 전망…국힘 “공소취소 위한 발톱”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostChinese delivery driver divorces American teacher he married 4 months after love confessionColliderGodzilla Officially Returns to Theaters in One WeekThe ConversationDemocrats likely to gain control of Congress in US midterm elections as Senate lead expandsCBC NewsThe National | Trump’s final pitch to voters ahead of midterms경향신문경찰, ‘상위 1% 조건만남’ 미끼로 약 18억 뜯어낸 태국 피싱조직 24명 국제공조로 검거DeadlineJeremy Renner & Josh Brolin Set For Orlando von Einsiedel’s ‘A Speck In The Sea’; 193 Launching Sales At AFMMalay MailHome Ministry: Putrajaya open to RCI on ‘corporate mafia’ claims if solid grounds establishedNew Straits TimesOil rises after report of US strike on Iran's Qeshm Island
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 3, 2026

PN dan BN dengan CSA

Translate

Mohsin Abdullah

Walaupun seminggu sudah berlalu saya terpanggil menulis mengenai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan dimeterai antara kerajaan, Ahli Parlimen Bersatu, bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PMX dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebab? Perikatan Nasional memutuskan tidak akan ikut sama yakni tidak akan menandatangani perjanjian itu yang ramai lebih gemar guna istilah Inggerisnya iaitu CSA untuk Confidence and Supply Agreement.

Keengganan PN memeterai CSA bukanlah sesuatu yang memeranjatkan walaupun pendapat umum ialah CSA peluang perkukuh kestabilan politik negara.

Dan kestabilan politik adalah antara prasyarat penting untuk memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan manfaatnya dapat dirasai rakyat, dalam sebuah negara yang sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan tuntutan pembangunan. At least that’s how Segamat MP R Yuneswaran look at it.

PN jelas tidak bersependapat lalu tidak menerima CSA. Itu hak mereka. Cuma yang menarik bagi saya ialah rakan baik PN (khususnya dalam menghadapi PRN Melaka) iaitu Pengerusi BN Zahid Hamidi menyarankan CSA diperluas kepada lebih banyak parti sama ada daripada kerajaan atau pembangkang.

Kata Zahid apa yang dilakukan ini (CSA) satu langkah baik dan pernah dilaksanakan kerajaan ketika wakil Umno jadi perdana menteri. Kata-kata ini buat saya tersenyum lebar. Mengapa? Jawapannya di penghujung artikel ini. Lantas pada hemat saya apa yang dikata Zahid amat menarik atas dua sebab.

Sebab pertama kerana saranan Zahid dibuat semasa PN dan BN semakin mesra. Dan apabila PN tolak CSA bererti mereka tolak juga saranan Zahid.

Sebab kedua ialah apabila Zahid berkata (saya ulang ) “apa yang dilakukan ini (CSA) satu langkah baik dan pernah dilaksanakan kerajaan ketika wakil Umno jadi perdana menteri”.

Wakil Ummo jadi perdana menteri yang dimaksudkan kita tahu ialah Ismail Sabri Yaakob. Apa yang berlaku? Tentu ramai masih ingat. Pada September 2021, Ismail memeterai apa yang dipanggil memorandum persefahaman dan kestabilan politik dengan Anwar Ibrahim yang waktu itu ketua pembangkang.

Kata Anwar, memorandum itu menjadi kenyataan kerana sikap positif Ismail yang mengambil pendekatan berunding segera dengan pembangkang sebaik dilantik perdana menteri kesembilan.

Perlu dinyatakan memorandum itu bukan CSA per se. Ini diakui Anwar sendiri waktu itu. Apa pun dalam dokumen MoU antara Pakatan Harapan dengan kerajaan pimpinan Ismail, kerajaan menjanjikan sejumlah reformasi dalam jangka waktu tertentu dan juga berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Sebagai balasan PH pula berjanji tidak akan menggunakan undi mereka menggulingkan Ismail atau menyekat Belanjawan 2022 selagi pembaharuan dijanjikan mengikut jadual dan pembangkang dilibatkan dalam perbincangan Rang Undang-undang Perbekalan. Di samping itu PH berjanji membantu usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19 yang melanda waktu itu.

Put simply the MoU was a good thing for the country considering the circumstance then. Namun, Zahid dan Umno menekan Ismail untuk mengadakan pilihan raya umum dengan segera kerana berpendapat Umno sedang berada pada tahap meyakinkan untuk menang. Zahid konon mahu Ismail strike while the iron is still hot.

Tindakan Zahid dan Umno boleh dilihat sebagai tidak memberi ruang kepada Ismail menjayakan MoU beliau dengan PH.

Tekanan demi tekanan dikenakan ke atas Ismail. Menyulitkan Ismail ialah beliau sekadar seorang naib presiden Umno manakala Zahid presiden parti . Akhirnya, Ismail tidak ada pilihan melainkan tunduk akur. Parlimen dibubarkan pada Oktober 2022 dan PRU15 diadakan pada November 2022.

Dan Umno/BN mencatat prestasi paling buruk dalam sejarah mereka. Umno hanya menang 27 kerusi, MCA (2) dan MIC (1). Perkiraan Zahid meleset.

Fast forward CSA yang dimeterai 29 Okt lalu. Pada upacara tandatangan kerajaan diketuai Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof. Bukan timbalan perdana menteri I. Kita tahu siapa pemegang jawatan itu.

Mungkinkah ini kerana pendirian lalu Zahid terhadap MoU 2021 dan tindakan susulannya yang boleh dilihat sebagai bertentangan dengan semangat MoU itu?

Maka, kerana itulah saya tersenyum lebar seperti disebut tadi apabila Zahid memuji CSA 2026 dan mahu ia diperluas kepada semua parti.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.