Inquirer‘Parents responsible for protecting kids online, not just government’ESPN Deportes¿Podría Ryan Flournoy darles a los Cowboys un tercer receptor de 1,000 yardas?RTP DesportoEuropeus de atletismo. Joana Pontes no top 10 da maratona em marcha com recorde nacionalוואלהחיזבאללה קורא לממשלת לבנון להפסיק את המו"מ עם ישראל ומאיימת בתגובהThe Jerusalem PostWATCH: Funnel cloud seen in Golan Heights amid widespread thunderstorm, flash flood warningsSky TG24Ceuta, la polizia disperde i migranti diretti in SpagnaIl Sole 24 OreTroppo caldo, stop allo sci estivo sul ghiacciaio dello StelvioBBC News BrasilTerremoto de magnitude 7,7 mata ao menos 47 pessoas na IndonésiaSportstarF1 remains the dream, eyeing strong finish to F2 season: Kush MainiRai NewsCinque anni dal ritorno dei Talebani: l’Afghanistan ha cancellato le donne, solo il 7% lavoraLa TerceraConductor en estado de ebriedad atropella a tres bomberos que atendían accidente en ChiguayanteRTL BoulevardSchrijver Peter Andriesse (85) overleden
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, August 15, 2026

STR Fasa 3 disalur kepada 5.3 juta penerima hari ini

Translate

Seramai 5.3 juta penerima akan mula menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 secara berperingkat mulai hari ini, membabitkan peruntukan RM1.2 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Jumlah penerima itu meningkat sebanyak 300,000 berbanding lima juta penerima awal tahun ini, dengan 3.9 juta daripadanya terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana rendah, manakala 1.4 juta merupakan warga emas tiada pasangan.

“Bagi Fasa 3, penerima akan menerima bayaran antara RM150 dan RM600 bergantung kepada pendapatan serta bilangan anak, manakala warga emas tiada pasangan menerima RM150. Secara keseluruhan, jumlah STR yang disalurkan bagi tiga fasa pada 2026 mencecah RM3.6 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Penerima, bergantung kepada kategori kelayakan, boleh menerima bantuan hingga RM3,300 secara terkumpul setakat Ogos 2026 melalui STR Fasa 1 hingga 3 serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.

Menurut MoF, jumlah itu tidak termasuk pemberian sekali beri bantuan SARA untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.