Daily MaverickUNCOOPERATIVE GOVERNANCE: NMB coalition pushes to write off R23bn irregular spending, bypassing legal requisitesESPN DeportesBauers regresa ventaja a Brewers sobre DodgersPunchTinubu’s reforms helping states deliver projects, pay salaries – RaddaESPNFollow live: Noah Cameron working on no-hitter vs. AngelsThe Jerusalem PostDrone strikes, intelligence chief’s killing expose Libya’s fragile balance - analysisRTP DesportoLens bate Paris Saint-Germain e conquista Supertaça de França pela primeira vezCNN TürkAracın üstündeki hareketleriyle tepki toplamıştı! Gözaltına alındıוואלהדגלי ישראל הושחתו בכיכר סמוך לעטרת בבנימין, המשטרה פתחה בחקירהInquirerIn-person classes suspended in parts of Cavite, Batangas on Aug. 17SözcüOrmana götürdükleri genci bacağından vurdularLa NaciónFrancisco Cerúndolo perdió con Nuno Borges en el Masters 1000 de Cincinnati
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 16, 2026

3 ditahan susulan pergaduhan berkait parkir haram di KL

Translate

Polis menahan tiga lelaki susulan pergaduhan yang dikaitkan dengan kegiatan parkir tanpa kebenaran di tanah kosong bersebelahan Dewan Komuniti OUG, Jalan Awan Besar, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata seorang wanita membuat laporan semalam selepas mendakwa dimaki seorang suspek sebelum ditumbuk di kepala dan diugut akan dipukul lagi.

Suspek itu juga didakwa mengugut untuk menimbulkan masalah di tempat kerja wanita berkenaan.

“Polis kemudian menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun. Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan.

Fadil berkata seorang suspek direman dua hari sehingga 18 Ogos, manakala dua lagi direman sehari.

Kes disiasat atas kesalahan ugutan jenayah dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian hotline polis Brickfields di 03-22979222, polis Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, pengendali parkir tanpa kebenaran itu sebelum ini mengingkari arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 4 Ogos supaya menghentikan operasi.

DBKL bersama Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan kemudian menjalankan tindakan penguatkuasaan dan menutup operasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Kok, pengendali itu kembali ke lokasi dan didakwa menyerang seorang anggota Majlis Perwakilan Penduduk Seputeh ketika berlaku pertelingkahan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.