ESPN DeportesNFL: Jahmyr Gibbs se convirtió en la figura de la Semana 3InquirerPiston prefers tax-free oil products to P1 fare hikeESPNNo. 8 Liberty keep foot on gas to eliminate top-seeded LynxDaily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitThe Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismUOLVínculos com Lula, Flávio Bolsonaro e Cláudio Castro marcam debate entre candidatos no RJХабрGreenplum как расширение PostgreSQL 19SCMP ChinaSlow is beautiful: China launches war against AI drama, goes beyond algorithmsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 30-09-2026La Tercera“El Estado se habría quedado con un solo proveedor”: FNE explica por qué no pidió excluir de contratos públicos a empresas acusadas de colusión por vales de alimentaciónColliderThe 10 Best Stephen King Audiobooks, RankedLenta.ruВ России указали на препятствия Евросоюза на пути к мирным переговорам
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Mahu pengiktirafan, pengaruh rakan tarik remaja ke lumba haram

Translate

Pengaruh rakan sebaya dan keinginan mendapat pengiktirafan antara faktor yang boleh mendorong remaja terjebak kegiatan lumba haram, kata pakar kriminologi.

Haezreena Begum Abdul Hamid dari Universiti Malaya (UM) berkata, kecenderungan mengambil risiko pada usia muda turut memainkan peranan, justeru masalah itu tidak boleh ditangani melalui tangkapan dan hukuman semata-mata.

Katanya, penguatkuasaan perlu digabungkan dengan intervensi awal, pendidikan dan pemulihan bagi mengelakkan remaja mencari pengiktirafan melalui kegiatan yang membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.

“Kalau kita hanya bergantung kepada tangkapan dan hukuman, kita sebenarnya menangani simptom, bukan punca masalah.

“Hukuman lebih berat tidak semestinya menghalang kegiatan ini daripada berulang,” katanya kepada FMT.

Haezreena berkata, keluarga, sekolah dan komuniti juga perlu memainkan peranan dalam mengesan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja lebih awal.

Beliau mengulas kes seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai terbabit kegiatan lumba haram di Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini, yang sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap pembabitan golongan muda dalam kegiatan berbahaya itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, turut berpandangan lumba haram berkait dengan pengaruh rakan, keinginan mendapatkan pengiktirafan dan budaya mengambil risiko.

Katanya, jalan awam tidak boleh dijadikan litar kerana risiko bukan sahaja ditanggung mereka yang berlumba, tetapi turut melibatkan pengguna jalan raya lain.

Fahmi berkata, operasi penguatkuasaan berkala sahaja tidak memadai dan mencadangkan projek rintis dilaksanakan di kawasan panas bagi mendekati kelompok remaja berisiko.

Katanya, pekerja belia dan mentor permotoran boleh membantu menghubungkan mereka dengan latihan keselamatan, kemahiran mekanik serta kegiatan litar yang terkawal.

“Keluarga juga perlu dilibatkan bagi peserta bawah umur, manakala keberkesanan program harus diukur berdasarkan perubahan tingkah laku dan pengurangan kes lumba haram, bukan sekadar jumlah peserta.

“Dasar belia perlu sampai kepada anak muda yang paling sukar didekati, bukan sekadar mereka yang sudah tahu mencari program,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.