ESPN DeportesEstados Unidos se queda con la victoria en el juego amistoso contra CanadáPunchFG clears N758bn pension arrears, 957,045 benefitInquirerBohol crop losses climb to P173-M as drought worsenESPNFollow live: Brewers, Padres battling in tight NLDS Game 3The Jerusalem PostMali troops re-enter strategic northern town in years-long fight against insurgentsRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteUOLHouthis atacam aeroporto de Aden, no Iêmen, com drones e mísseis, diz imprensa estatalZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesPBAPP plans hybrid strategy to reduce Penang's reliance on Sungai Muda20 MinutenNews-Scout entdeckt Drei-Meter-Koloss am StrandObservador DesportoAs notícias das 4hBBC عربيالتحالف السعودي يتتبع منصة إطلاق صواريخ في صنعاء تمهيداً لتدميرها
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Perolehan ubat bersama boleh kurangkan kos Asean, kukuhkan bekalan, kata pakar

Translate

Perolehan ubat secara bersama dalam kalangan negara Asean boleh mengurangkan kos dan pada masa sama memperkukuh daya tahan Malaysia dalam menghadapi gangguan bekalan, kata seorang pakar farmasi.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang berkata pendekatan itu boleh memberi manfaat khususnya bagi ubat berharga tinggi dan ubat untuk penyakit jarang berlaku kerana jumlah pesakit yang kecil biasanya mengehadkan kuasa tawar-menawar sesebuah negara.

“Apabila permintaan daripada negara anggota Asean digabungkan, jumlah tempahan menjadi lebih besar dan ini membolehkan negara berunding untuk mendapatkan diskaun lebih tinggi daripada pengeluar farmaseutikal,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata penggabungan permintaan bagi rawatan penyakit jarang berlaku juga boleh menjadikan pasaran kecil di setiap negara lebih menarik dari sudut komersial apabila ditawarkan sebagai kontrak serantau, sekali gus meningkatkan peluang mendapatkan bekalan pada harga berpatutan.

Amrahi mengulas rancangan diumumkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad supaya Malaysia bersama Filipina, Singapura dan Thailand menerajui pembangunan kerangka perolehan ubat serantau.

Pembangunan kerangka dan mekanisme pembiayaan itu dijadualkan pada 2027 hingga 2028, manakala projek rintis disasarkan dilaksanakan menjelang 2030.

Amrahi berkata perolehan bersama 82 jenis ubat untuk kemudahan kesihatan di bawah kementerian kesihatan, pertahanan dan pendidikan tinggi membantu negara mencatat anggaran penjimatan RM179.6 juta atau 17.7%.

Kajian Kementerian Kesihatan yang membandingkan kontrak bagi tempoh 2018 hingga 2020 dan 2020 hingga 2022 turut mendapati penggunaan ubat generik menggantikan ubat jenama asal menyumbang kepada penjimatan berkenaan.

“Kejayaan Malaysia di peringkat domestik menunjukkan model serantau Asean berpotensi memberi manfaat lebih besar, tetapi perbezaan dalam struktur harga perlu diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata kumpulan pembelian yang lebih besar juga boleh memberi kuasa tawar-menawar tambahan dalam rundingan bagi ubat berpaten dan rawatan penyakit jarang berlaku yang tidak mempunyai alternatif generik.

Selain harga, Amrahi berkata kerjasama serantau boleh membolehkan penyelarasan stok simpanan dan akses kepada rangkaian pengeluar lebih luas, sekali gus membantu negara menghadapi gangguan bekalan serta mengurangkan kebergantungan kepada pembekal tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar penjimatan di peringkat serantau mungkin berbeza bergantung kepada jenis ubat, kemampuan ekonomi setiap negara serta perbezaan keperluan kawal selia.

Menurutnya, mekanisme itu memerlukan unjuran permintaan yang tepat, spesifikasi produk yang seragam, harga yang telus dan jaminan jumlah pembelian daripada negara yang mengambil bahagian.

Inisiatif perolehan itu adalah sebahagian daripada pelan tindakan keselamatan dan kebergantungan kendiri ubat Asean di bawah Agenda Strategik Kesihatan Asean 2026-2030 yang dilancarkan pada Mesyuarat menteri-menteri Kesihatan Asean ke-17 di Kuala Lumpur pada September.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.