ESPN DeportesReal Madrid luce y golea al Schalke 04 en partido amistosoESPNPioneering surgery recipient Tommy John, 83, diesCNN TürkBen-Gvir'den kan donduran açıklama: "Gazzeliler insan değil, her gece 40-50 kişi ölsün"PunchFour workers, 14-year-old student killed in Kano building collapseThe Jerusalem PostEight Arab, Islamic nations accuse Israel of derailing Trump's Gaza peace planוואלהתינוק כבן שנה נפגע מרכב בטבריה, מצבו קשהDaily MaverickINVESTIGATION: Mpumalanga breakdown — when emergency water becomes the permanent supplySözcüBakan Çiftçi açıkladı! FETÖ'nün Bylock'undan sonra Süleymancıların kullandığı program da ortaya çıktıUOLMulher tem 65% do corpo queimado após ser atacada por companheiro em praça no PRDeadlineSam Mendes’ Beatles Biopic Recreates ‘Abbey Road’ Album Cover In Behind-The-Scenes Video — Watch7sur7Un mort en Espagne, deux autres sur l’île grecque de Salamine, des centaines de personnes évacuées
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 16, 2026

Pastikan pelabuhan Malaysia tak disalah guna, kata pemerhati

Translate

Malaysia perlu mempertahankan reputasinya sebagai hab perdagangan dan perkapalan yang dipercayai dengan memastikan pelabuhan negara tidak disalahgunakan untuk aktiviti perdagangan meragukan, kata pemerhati industri maritim.

Jeyenderan Ramasamy berkata pihak berkuasa perlu menyiasat secara menyeluruh mana-mana syarikat yang disyaki menggunakan pelabuhan Malaysia bagi tujuan itu termasuk mendapatkan bukti, mengenal pasti kargo terlibat dan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Jeyenderan Ramasamy

Jeyenderan Ramasamy.

Menurutnya, Malaysia tidak seharusnya menolak begitu sahaja kebimbangan dibangkitkan kerana sebarang keraguan terhadap sijil asal barangan atau kawalan kargo negara boleh menjejaskan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan secara sah.

“Apabila rakan dagang antarabangsa mula mempersoalkan sijil asal atau kawalan kargo kita, setiap syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan secara sah akan terkesan.

“Transshipment bukan satu kesalahan. Malaysia ialah negara perdagangan utama dan kargo perlu dibenarkan melalui pelabuhan kita.

“Namun transshipment yang sah mesti dibezakan dengan jelas daripada sebarang cubaan menyembunyikan asal sebenar barangan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata wujud kebimbangan ada barangan dibawa dari negara dikenakan tarif tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) untuk didakwa dibungkus atau dilabel semula, atau hanya menjalani pemprosesan minimum di Malaysia sebelum dieksport sebagai produk berasal dari negara ini.

“Menukar label atau pembungkusan tidak secara automatik menjadikan sesuatu produk itu berasal dari Malaysia,” katanya sambil menegaskan pihak berkuasa perlu menentukan sama ada aktiviti pembuatan sebenar atau perubahan ketara berlaku di negara ini.

Jeyenderan berkata siasatan juga tidak seharusnya tertumpu kepada kontena semata-mata, sebaliknya merangkumi pihak di sebalik penghantaran termasuk pengimport, pengeksport, pengilang, ejen penghantaran, ejen kastam dan pengendali gudang.

Beliau turut menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperkukuh saringan berasaskan risiko melalui analisis data selain meningkatkan perkongsian maklumat dengan pengendali pelabuhan, syarikat perkapalan dan agensi penguatkuasaan bagi mewujudkan jejak audit kargo yang lebih menyeluruh.

Pada masa sama, Jeyenderan mengingatkan penguatkuasaan tidak seharusnya membebankan pengilang, pengeksport dan syarikat logistik yang sah.

“Jika ada syarikat menyalahgunakan pelabuhan atau zon bebas kita, kenal pasti dan ambil tindakan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.