The Jerusalem PostField trip tragedy shows Israel needs answers, not a blame game - editorialInquirerFrom 4 to 1: Impeachment court OKs reduced raps vs Sara DuterteESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a GuardiansESPNTkachuks feed into Frozen Frenzy, combine for nine points in Panthers' winDaily MaverickSTUDENT SUPPORT: From AI tutors to maths clubs, learners find new routes to exam supportCNN TürkHalk TV'ye kayyum atandı: Ekipler binada arama yapılıyorSky TG24Grecia, ambasciatrice Usa Guilfoyle si dimette ma respinge le accuse: “Sono false”The RegisterRansomware gets personal: 'We-know-where-you-are kind of stuff'ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioTagesschau100 Jahre Pu der Bär: Ein bisschen Honig und ganz viel FreundschaftSeeking AlphaThor raises dividend by 4% to $0.54SözcüSON DAKİKA... Halk TV'ye kayyum atandı: Yayın durduruldu
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Polis hantar pasukan siasat kes 5 rakyat Malaysia ditahan di Jepun

Translate

Polis Bukit Aman menghantar pasukan ke Jepun susulan penahanan lima rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup kira-kira 5kg kokain di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata pasukan itu juga akan menyiasat sama ada suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan antarabangsa.

Katanya, pihak berkuasa Jepun juga sedang menjalankan siasatan berhubung dari mana bekalan dadah itu diperoleh, lapor Bernama.

Lima rakyat Malaysia itu ditahan pada Sabtu selepas pihak berkuasa Jepun menemui kokain yang disembunyikan di bawah lapik tapak kasut mereka.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berusia 19 hingga 26 tahun dipercayai membawa dadah itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setiap suspek menyembunyikan kira-kira 1kg kokain, dengan 500g disorokkan di bawah lapik tapak setiap kasut.

Salah seorang daripada lima suspek mendakwa ditawarkan bayaran RM8,000 menerusi Telegram untuk membawa dadah itu dan diberikan sepasang kasut untuk menyembunyikan barangan berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.