Raja Muda Selangor ziarah mangsa banjir di PPS SK Parit Mahang

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang.
Menerusi hantaran di Facebook, baginda berkongsi pengalaman bertemu dan meluangkan masa bersama keluarga yang terpaksa berpindah ke PPS berkenaan susulan banjir melanda kawasan itu.
Baginda turut mendoakan semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kesukaran berikutan bencana itu.
“Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala dan segala urusan mereka dipermudahkan,” menurut hantaran itu.
Menurut laporan media, seramai 1,392 mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS di Selangor setakat petang semalam, termasuk 343 orang di PPS SK Parit Mahang.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.