Daily MaverickBOOK EXCERPT: Stoep stories in Victoria West — Where the Karoo’s quiet streets keep history alivePunchOkonkwo poised to grab Charlton chanceInquirerEx-DOE chief: Tap flood infra funds for Visayas powerThe Jerusalem PostHegseth, defense officials weighed using emergency law to reinstate Nvidia's Huang - report한겨레‘반값·8할·20%할인’ 격언도 안 통하는 일본 주식…‘공포의 12월’ 온다CNN Türk26 KASIM METEOROLOJİ HAVA DURUMU | Bugün hava nasıl olacak, İstanbul’da yağış var mı? Soğuk hava dalgası kapıda!ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCapital FMMore Villages at Risk as Kenya Red Cross Warns of Further Flooding in Tana DeltaSBS 뉴스장동혁, '친한계 조작 징계 의혹 제기' 황경성 윤리위원 해임GhaflaKenya Power Announces Planned Outages in Nairobi, Kiambu, Nyeri, Kwale and Kilifi on November 26النهارالانتصار في البحار... عن مُثلّث هرمز وأوكرانيا وليبياKhaosod EnglishBad weather postpones Macy’s Thanksgiving Day Parade for first time ever
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Najib tarik balik usaha kembalikan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas

Translate

Bekas perdana menteri, Najib Razak, menarik balik usaha mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas peguam negara, Tommy Thomas, apabila menggugurkan permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguamnya, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan kepada panel tiga hakim di Putrajaya bahawa bekas perdana menteri itu menarik balik permohonan berkenaan untuk ‘memberi tumpuan kepada isu mendesak’.

Firoz berkata, peguam Thomas bersetuju menerima kos RM10,000. Peguam mewakili Thomas, Alan Adrian Gomez, mengesahkan perkara tersebut.

Hakim Hashim Hamzah, yang mempengerusikan panel yang turut dianggotai Ruzima Ghazali dan Azimah Omar, seterusnya membatalkan permohonan itu.

Najib berada di mahkamah, manakala galeri awam dipenuhi ahli keluarga dan penyokong.

Najib memfailkan permohonan kebenaran merayu pada Mac bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan pembatalan samannya. Beliau sudah memajukan tiga persoalan undang-undang untuk dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Jan lalu, panel Mahkamah Rayuan terdiri Hakim P Ravinthran, Wong Kian Kheong, dan Nadzarin Wok Nordin menolak rayuannya serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Nov 2022, yang membatalkan saman tersebut.

Najib memfailkan saman terhadap Thomas pada 2020 atas dakwaan pelakuan tidak sah dalam kapasiti rasmi, penyalahgunaan proses secara niat jahat, dan kecuaian dalam pelaksanaan budi bicara pendakwaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan berkaitan pertuduhan 1MDB dan International Petroleum Investment Company.

Beliau menuntut ganti rugi khas RM1.9 juta bagi kos melantik pasukan audit untuk meneliti dokumen dan membantu menyediakan pembelaannya.

Ketika menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan, Ravinthran, yang telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan, berkata panel bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa tindakan tersebut pramatang kerana kes jenayah belum bermula ketika saman difailkan.

Beliau berkata penyalahgunaan proses secara niat jahat tidak diiktiraf di bawah undang-undang Malaysia.

Namun, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa Thomas menikmati kekebalan dan tindakan beliau tidak boleh diadili.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.