CNN TürkEge’de NAVTEX Savaşı! Türkiye ve Yunanistan arasında neler oluyor?Bollywood HungamaTiger Shroff Firing Incident: CM Devendra Fadnavis confirms that accused have been identified; assures that arrests will be made soonRTP DesportoSporting de Braga e Gil Vicente acertam calendário na I Liga de futebolThe Jerusalem PostTrump waited for favorable Netanyahu polling before endorsing him, sources sayESPNTransfer rumors, news: Galatasaray eye move for Man United star FernandesInquirerThunderstorms, heavy rain expected in parts of Calabarzon Monday morningPunchPHOTOS: COAS in Rwanda for military engagement한겨레증평서 ‘송진우 유소년 야구대회’ 열린다The South AfricanThe cost of a braai in 2026: Here’s what a family fire really costsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارالحجار يطلع عون على الإجراءات الأمنية: تعزيز الانتشار في بيروت والجنوبIl Sole 24 OreIn arrivo perturbazione atlantica, da domani piogge anche abbondanti e temporali
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

JPM teliti penahanan 288 individu berkait ajaran Ahmadiyah Qadiani di Sabah

Translate

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini dalam proses mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah pada 31 Mei lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata beliau perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum dapat memberikan perkembangannya kepada semua pihak berhubung kes berkenaan.

“Nanti kita ambil maklum tentang pembaharuan (kes itu), setakat mana perkembangan kes tersebut sebab ini soalan baharu. Saya kena siasat dahulu dan dapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media mengenai Majlis Sama’ Jami’ al-Tirmizi dan al-Syamail al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di sini hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status penahanan 288 individu berkenaan serta status tindakan terhadap ajaran Ahmadiyah Qadiani.

Sebelum ini, 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama kumpulan ajaran sesat, ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan polis di Sabah.

Susulan itu, Zulkifli dilapor berkata kerajaan memperkukuh kerjasama rentas agensi menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan bagi membendung penularan ajaran sesat yang semakin banyak melalui platform digital dan rentas sempadan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.