CNN TürkABD ara seçime gidiyor: Trump'ı hezimet mi bekliyor?The Jerusalem PostIsraeli, US flags burned in Lyon as economic protests turn violent in European citiesSky TG24Pagine, la rassegna stampa di Sky TG24 del primo novembrePunchFans renew Funke Akindele-Toyin Abraham rivalry ahead of December releasesInquirerMarcos urges Filipinos to turn Undas spirit into acts of kindnessInquirer EntertainmentRonnie Liang now authorized to fly Philippine Army aircraftZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제출근길 15분, 주말엔 정주행 … 투자 지식도 '복리 효과' 있네20 Minuten«Wo ist Yannik?»: Heidis rührende Geste an der Halloween-PartySözcüİstanbul barajlarında doluluk yüzde 53,74: Pabuçdere yüzde 2,76’daHabertürkKasım ayında 9 oyun seyirciyle buluşuyorFotogramasMeryl Streep, sobre la pérdida de su primer novio: "Sobre todo para mí, que estoy atada a todo tipo de debilidades humanas, él era un tipo que le daba sentido a todo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Bersatu terbuka kerjasama, sambut positif pendirian PH di Bemban

Translate

Bersatu terbuka menerima kerjasama daripada mana-mana pihak pada PRN Melaka selagi ia tidak perlu mengorbankan kerusi yang ditandinginya, kata Ketua Penerangannya Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Amirudin Shari bahawa gabungan itu perlu menghormati keputusan menyerahkan kerusi Bemban kepada Bersatu merupakan perkembangan positif.

Menurutnya, Bersatu mengalu-alukan sebarang bantuan yang dapat meningkatkan peluang calonnya memenangi kerusi berkenaan, selagi tidak menjejaskan prinsip parti.

“Bersatu memang terbuka menerima kerjasama daripada mana-mana pihak selagi kita tidak mengorbankan kerusi kita.

“Kalau kenyataan itu boleh membantu kita memenangi kerusi Bemban, baguslah. Kita terbuka selagi ada pihak yang mahu menawarkan kerjasama dan bantuan kepada kita, asalkan tidak mengorbankan prinsip kita,” katanya ketika ditemui FMT.

Kelmarin, Amirudin berkata keputusan memberi laluan kepada Bersatu di Bemban mengambil kira persefahaman antara PH dan parti itu pada PRN Melaka serta dibuat secara kolektif oleh gabungan berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, Bersatu memenangi kerusi Bemban dan Sungai Udang.

Kali ini, calon Bersatu Rabaie Ab Hamid berdepan saingan empat penjuru di Bemban menentang Dr Yadzil Yaakub (PN), Dr Solehin Saleh (Bersama) dan calon Bebas Abd Halim Said.

Pada PRN 2021, PH meletakkan Tey Kok Kiew di Bemban, namun beliau tewas kepada Yadzil dengan majoriti tipis 328 undi.

Bagaimanapun, Tun Faisal berkata setakat ini tiada arahan khusus mengenai bentuk kerjasama atau bantuan yang akan diberikan jentera PH kepada calon Bersatu di Melaka.

Katanya, apa yang ada ketika ini hanyalah kenyataan mengenai hubungan baik dengan pihak yang bersedia membantu Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Tun Faisal berkata Bersatu berharap semua tujuh calonnya pada PRN Melaka mendapat mandat rakyat bagi menambah suara pembangkang dalam DUN.

Beliau berkata lebih ramai wakil pembangkang diperlukan untuk memastikan semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan berkesan, terutama selepas BN memenangi 21 kerusi pada PRN lalu.

“Kita mempunyai harapan tujuh calon ini boleh diterima dan dipilih rakyat kerana kita mahu menambah wakil rakyat yang boleh membawa suara mereka ke DUN.

“Selama ini Umno ada 21 kerusi, jadi mereka terlalu kuat. Ada kemungkinan kepentingan rakyat tidak dipertimbangkan dan isu yang belum selesai terus berlarutan kerana kedudukan mereka yang kuat,” katanya.

Tujuh kerusi ditandingi Bersatu ialah Kelebang, Lendu, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.