Keputusan inkues kematian Zara diketahui 15 Jan

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dijangka mengumumkan keputusan inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 15 Jan depan.
Koroner Amir Shah Amir menetapkan tarikh itu selepas berbincang dengan semua pihak terbabit dalam inkues itu serta meminta mereka mengemukakan hujahan bertulis masing-masing sebelum atau pada 15 Dis ini.
Sinar Harian melaporkan prosiding inkues itu berakhir kelmarin selepas berlangsung selama 96 hari.
Zara meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar.
Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos dan bedah siasat dijalankan Jabatan Perubatan Forensik hospital itu keesokannya.
Pada 20 Ogos, lima remaja bawah umur yang dikenali Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zara.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.