ESPNMarchand, out since March 6, back in Panthers' lineup after surgeryESPN DeportesEN VIVO: Wild pitch regresa ventaja a Braves sobre DodgersThe Jerusalem PostIDF shoots suspect attempting to break into military post in southern Syria한겨레‘마약왕’ 박왕열 송환 뒤 공급망 차단 주력…제조·밀수 사범 검거 34% 증가InquirerArmy brokers ceasefire between warring clans in Cotabato CityZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFBBC BusinessTrump unveils 'Super Intelligence Force' to oversee AI policyBBC MundoElecciones en Brasil: Flávio Bolsonaro y Lula da Silva van a una segunda vuelta en la que el presidente enfrenta una difícil remontadaSBS 뉴스이 대통령 "무책임 극단주의 '무극파' 경계…근거없이 혹세무민"매일경제“AI·반도체 웃을 때 우리는 눈물”…‘약발’ 안 듣는 코스닥 제약주New Straits TimesBolsonaro leads Lula as nail-biter Brazil vote goes to a run-offGIGAZINEAIロボット企業・Figureがアーノルド・シュワルツェネッガーの提案で旧型ロボットを溶鉱炉へ、「ターミネーター2」の名場面を完全再現
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Salah laku polis, penyelia juga perlu dipertanggungjawab, kata pakar kriminologi

Translate

Akauntabiliti terhadap salah laku polis tidak seharusnya terhenti pada anggota bawahan, sebaliknya perlu turut merangkumi penyelia dan pihak pengurusan, kata seorang pakar kriminologi susulan penahanan beberapa anggota dalam kes air ketum.

Selasa lalu, lapan anggota polis, termasuk tujuh bertugas di pelbagai cawangan IPD Sentul dan seorang di IPD Brickfields, bersama seorang awam ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti air ketum di Taman Keramat.

Haezreena Begum Abdul Hamid dari Universiti Malaya (UM) berkata kes itu tidak boleh dilihat sebagai masalah individu semata-mata kerana faktor persekitaran, budaya kerja dan kelemahan penyeliaan juga perlu dinilai.

Beliau berkata operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menunjukkan mekanisme pengesanan dalaman berfungsi, namun kejayaan mengesan sesuatu kes sahaja belum membuktikan sistem pencegahan sedia ada berkesan.

Menurutnya, polis perlu memperkukuh pengawasan berasaskan risiko menerusi pemantauan, audit dan pengesanan awal terhadap unit yang lebih terdedah kepada salah laku.

“Akauntabiliti juga perlu merangkumi peringkat penyelia dan pengurusan, bukannya ditanggung oleh anggota bawahan sahaja,” katanya kepada FMT.

Haezreena berkata “budaya berdiam diri” dalam pasukan juga perlu ditangani dengan menyediakan saluran pelaporan yang selamat serta melindungi anggota daripada tindakan balas.

“Kesetiaan sesama anggota tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab profesional,” katanya, sambil menambah kepercayaan masyarakat turut bergantung pada ketelusan siasatan dan kesungguhan institusi memperbaiki kelemahan.

Sementara itu, P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kes itu wajar mencetuskan semakan dalaman menyeluruh bagi menilai sama ada tanda awal salah laku dapat dikesan dan mekanisme pelaporan berfungsi dengan berkesan.

Beliau berkata pengaruh rakan sebaya, tekanan kumpulan, rasionalisasi dan normalisasi salah laku boleh mendorong anggota melakukan pelanggaran apabila mereka melihat perbuatan sedemikian tidak membawa akibat yang jelas.

“Integriti kepolisan tidak boleh dibina melalui hukuman semata-mata. PDRM perlu memperkukuh sistem amaran awal berasaskan risiko, sementara penyelia di peringkat unit mesti lebih aktif kerana integriti bukan tanggungjawab JIPS semata-mata,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.