The Jerusalem PostThe West Bank revolution: How Bezalel Smotrich changed Israel's map for the better - opinionPunch‘No divisions, no borders’, French astronaut says of seeing EarthInquirerRecto orders faster public spending, early procurement for super El NiñoESPN Deportes¡En vivo! La lluvia provoca que se demore la arrancada de la carrera sprintESPNTransfer rumors, news: Man United youngster Gabriel has Bayern Munich talksBollywood HungamaRanveer Singh brings home a Rs. 1.95 crore electric luxury sedan; all you need to know about his BMW i7한겨레민주당 “한동훈, 딸 ‘허위 스펙’ 수사 덮었나”…한 “민주당의 망상”CNN TürkSivasspor, bu sezon evinde ilk kez kazandıUOLEndividamento e novos hábitos esfriam venda de brinquedos no Dia das CriançasZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDigital SpyCoronation Street reveals first look at Kit's emotional hair shave sceneRai NewsTg1 Dialogo del 10/10/2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

Tabung pos jadi ‘realiti’ dengan suntikan RM150 juta

Translate

Tabung pos kerajaan bagi memastikan perkhidmatan penghantaran pos dan bungkusan terus sampai ke kawasan luar bandar serta pedalaman akan direalisasikan menerusi suntikan dana sebanyak RM150 juta pada suku pertama 2027.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tabung yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu akan membantu menyokong urusan penghantaran ke kawasan yang kurang mendapat liputan.

“Walaupun tabung ini sudah lama ada dalam Akta (Perkhidmatan Pos), sejak 2012, namun tidak pernah ada kerajaan sebelum ini yang berusaha untuk mewujudkannya,” katanya pada sambutan Hari Pos Sedunia hari ini.

Fahmi berkata, operasi tabung tersebut menggunakan prinsip yang sama dengan Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dalam sektor telekomunikasi yang menyediakan kemudahan ke kawasan terpencil.

Beliau turut memaklumkan bahawa SKMM telah diminta memastikan peruntukan berkenaan tidak hanya terhad kepada perkhidmatan pos tradisional, sebaliknya turut merangkumi penghantaran barangan dan bungkusan ke kawasan terlibat.

Selain itu, Fahmi menegaskan kerajaan sedang meneliti hala tuju jangka panjang industri pos dan kurier, khususnya ketika kepesatan e-dagang serta kemasukan syarikat kurier asing terus mengubah lanskap sektor berkenaan.

Justeru, penyesuaian terhadap dasar, undang-undang, dan operasi sedia ada mungkin diperlukan bagi membantu industri menyesuaikan diri dengan cabaran semasa.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.