79 calon rebut 28 DUN Melaka

Seramai 79 calon bertanding pada PRN Melaka ke-16, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penyertaan calon kali ini berkurang berbanding PRN 2021, apabila 112 calon bertanding merebut 28 kerusi selepas Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN) bertembung di semua DUN.
Dalam kenyataan, Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata, PH meletakkan calon paling ramai iaitu 24, diikuti BN (23), Bersama (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), dan Putra (satu).
Tiga calon bebas turut bertanding pada pilihan raya berkenaan.
Sejumlah 79 calon tersebut terdiri 65 lelaki dan 14 wanita.
PRN Melaka menyaksikan 11 persaingan satu lawan satu, 11 persaingan tiga penjuru, dan enam persaingan empat penjuru.
Persaingan empat penjuru berlaku di Gadek, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, dan Bemban.
SPR berkata, calon tertua daripada PH di Telok Mas, Mohamad Jaafar, 66, manakala calon termuda juga daripada gabungan itu, Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 24, di Kuala Linggi.
Seramai 687,697 pengundi Melaka layak mengundi. Pengundian awal akan diadakan pada 10 Nov, manakala hari pengundian pada 14 Nov.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.